resepi bayam merah

Resepi bayam merah goreng belacan ini memang wajib cuba kalau anda suka lauk sayur yang ringkas tapi tetap menyelerakan. Walaupun nampak biasa, tapi rasa dia memang padu!

Selalu bila masak bayam merah, warna cepat luntur dan sayur pun nampak layu. Tapi kalau guna cara yang betul, kita boleh kekalkan warna cantik dan sayur pun masih nampak segar walaupun dah dimasak.

Resipi ini bukan saja mudah, malah sesuai sangat untuk hidangan harian. Nak masak pun tak ambil masa lama, tapi hasilnya memang puas hati! Jom lihat resipi penuh di bawah.

Baca juga: Resipi Sayur Paku Rawan Tumis, Ramai Suka Sebab Teksturnya Meletup Bila Gigit!

RESEPI BAYAM MERAH GORENG BELACAN

resepi bayam merah

Bahan kisar untuk sambal:

  • Segenggam cili padi merah
  • 1/2 genggam cili padi hijau
  • 3/4 ekor udang kering
  • 1 sudu besar belacan
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 biji bawang merah

Bahan-bahan lain:

  • Sayur pilihan (contoh: sawi, bayam, kangkung)
  • Minyak masak secukupnya untuk menumis
  • Garam secukup rasa
  • Gula secukup rasa
  • Serbuk perasa jika suka
  • Minyak bijan setitik dua (jika ada)

Cara-cara:

  1. Pastikan air benar-benar mendidih sebelum masukkan sayur. Ini penting supaya sayur tak jadi lebam atau gelap.
  2. Masukkan sayur dan celur sekejap, dalam 1-3 minit bergantung kepada jenis sayur. (Contoh: kangkung hanya 1 minit).
  3. Terus lalukan sayur di bawah air paip untuk hentikan proses memasak. Ini juga bantu kekalkan warna hijau sayur.
  4. Toskan betul-betul sebelum teruskan memasak atau hidang. Ketepikan seketika.
  5. Sekarang kita buat sambalnya pula. Kisar halus bahan kisar dengan sedikit air.
  6. Panaskan minyak secukupnya. Tumis bahan kisar tadi.
  7. Kacau-kacau seminit. Jika perlu, boleh tambah sedikit air untuk elakkan sambal terlalu pekat.
  8. Kemudian, perasakan dengan garam, gula, serbuk perasa dan setitik dua minyak bijan.
  9. Selepas dua minit bolehlah tutup api.
  10. Biarkan sambal sejuk seketika.
  11. Tuangkan sambal ke atas sayur yang telah dicelur dan disejukkan.
  12. Sedia untuk dihidangkan.

Sumber: Afy Al Habibi

Baca juga: Cara Celur Sayur Agar Tak Bertukar Lebam, Warna Pun Kekal Hijau & Segar!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN