jeruk rambutan

Jeruk rambutan ini merupakan makanan orang lama sudah hampir lupus ditelan dek zaman. Ianya mempunyai masam, masin dan sedikit rasa manis rambutan.

Orang dulu-dulu jeruk rambutan di dalam tempayan supaya tahan selama berbulan-bulan, bahkan tahan sehingga musim berikutnya. Kreatif bukan?

Oleh itu, kita seharusnya perlu mengekalkan warisan nenek moyang kita ini supaya anak-anak generasi muda kelak tidak melupakannya.

Orang dulu-dulu biasanya menggunakan rambutan masam atau rambutan telan. Tapi sekarang susah nak jumpa rambutan jenis itu, jadi boleh buat guna rambutan apa yang ada. Rasa dia tetap sedap. Jom cuba!

Baca juga: Resipi Pisang Rebus, Makanan Orang Lama Yang Sudah Ditelan Dek Zaman

CARA BUAT JERUK RAMBUTAN CARA ORANG LAMA

Resipi jeruk rambutan ini merupakan hasil perkongsian oleh Faizah Husain.

“Kebetulan musim rambutan sekarang ni maka akak mengembalikan kisah ‘moktan buruk kakak senior.

Ingatkan kakak senior buli. Ye la minggu orientasi kan. Ingatkan moktan buruk dia bagi kat akak. Kak senior berlalu pergi moktan tu ku buang dalam tong sampah. Ni kisah 33 tahun yang lalu di utara tanah air.

Kali kedua kakak senior bagi dan bagitau tu rambutan jeruk. Akak try dan…Ya Allah sedap baq hanggg..”

Cara-cara:

1. Basuh rambutan sehingga bersih. Jangan kopek kulit.

2. Masukkan ke dalam balang, selapis demi selapis. Setiap lapisan, taburkan garam kasar. Garam kena gula lebih sebab kulit rambutan ini tebal.

jeruk rambutan

3. Tuangkan air masak sehingga menutupi rambutan.

4. Selepas 2 minggu, kulit rambutan akan bertukar kehitaman dan sedia untuk dimakan.

jeruk rambutan

Mengikut apa yang akak dengar rambutan ni tahan berbulan-bulan bahkan boleh sampai ke musim berikutnya. Orang dulu-dulu jeruk dalam tempayan. Nenek moyang kita dulu sangat kreatif dalam mencipta cara menyimpan makanan.

Kredit: Faizah Husain

Baca juga: Buat Sendiri Jagung Gaul Kelapa Parut, Kalau Nak Beli Memang Susah Jumpa

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN