resepi kuah 3 rasa

Seorang chef berkongsikan resepi kuah 3 rasa yang sedap dan pekat. Perkongsian menerusi laman sesawang Facebook bernama Rizal Channel itu mendapat hampir 120 ribu jumlah tontonan dan 3 ribu tanda suka.

Setiap kali ke kedai masakan Thai, wajib memesan ikan siakap 3 rasa sebagai juadah utama. Itupun tetap tak puas sebab kadangkala dapat ikan yang kecil.

Kalau nak lagi puas hati, apa kata ibu-ibu cuba masak di rumah menggunakan resipi di bawah. Kalau buat sendiri, boleh guna ikan yang besar dan kuantiti kuah lebih banyak.

Baca juga: Rahsia Telur Dadar Rangup Macam Dekat Kedai Thai, Guna 3 Bahan Je!

RESEPI KUAH 3 RASA SEDAP DAN PEKAT

Bahan-bahan:

– Bawang putih
– Cili padi
– Akar ketumbar
Cili kisar
– Sos thai
– Bawang holland
Buah nanas
– Tomato
– Sos tiram
– Sos cili
– Gula
– Kicap sotong
– Garam
– Jus limau nipis
– Air bancuhan tepung jagung

Info: Kuantiti bahan bergantung kepada jumlah ikan.

Cara-cara:

1. Panaskan minyak dan periuk. Kemudian, tumis bawang putih, cili padi dan akar ketumbar yang sudah dikisar kasar menggunakan chopper.

2. Kacau dan tumis seketika. Seterusnya, masukkan cili kering yang sudah direbus dan dikisar.

3. Masukkan pula sos thai. Gaul sehingga bercampur rata.

4. Selepas itu, masukkan bawang holland, buah nanas dan tomato yang dipotong dadu. Gaul lagi sehingga sebati.

5. Kemudian, masukkan sos tiram dan sos cili. Letakkan juga air dua kali ganda dari jumlah sos tiram dan sos cili tadi.

6. Perasakan dengan gula, kicap sotong dan garam. Kacau sebati dan biarkan menggelegak sebelum masukkan perahan air limau nipis.

7. Masukkan juga sedikit air tepung jagung untuk memekatkan kuah.

8. Pastikan kuah cukup rasa pedas, masam dan manis. Selamat mencuba!

Video penuh:

Kredit resipi: Facebook Rizal Channel

Baca juga: Resipi Ayam Masak Paprik Versi Campak-Campak, Tapi Rasa Padu Macam Kedai Thai

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN