resepi ikan bilis kentang

Sementara menunggu gaji masuk, mestilah nak buat lauk paling jimat. Oleh itu, kami cadangkan anda cuba resepi Ikan Bilis Kentang Terung Tempe Berlado yang sedap.

Walaupun hidangan lauk ini nampak ringkas, namun ia lengkap dengan sayur kentang, terung dan tempe yang sangat memikat selera. Jika ada telur goreng, lebih bertambah nikmatnya.

Siti Nornaim Keng telah kongsikan resepi Ikan Bilis Kentang Terung Tempe Berlado di Facebook dengan hasil yang membuatkan ramai terliur melihatnya. Jom kita cuba!

Baca juga: Sambal Tempe Kentang Ikan Bilis, Rangup Sampai Kunyah Tak Berhenti

RESEPI IKAN BILIS KENTANG TERUNG BERLADO

resepi ikan bilis kentang

Bahan-bahan:

  • Ikan bilis
  • Kentang (dipotong dadu)
  • Terung (dipotong memanjang)
  • Tempe
  • Bawang putih
  • Bawang merah
  • Cili api merah
  • Cili besar
  • Belacan
  • Bawang holland (dihiris besar)
  • Garam
  • Gula

Cara-cara memasak:

1. Mula-mula, kisar kasar bawang putih, bawang merah, cili api merah, cili besar, belacan dan ketepikan dahulu.

2. Selepas itu, goreng ikan bilis, kentang, terung dan tempe sehingga garing (semua bahan ini tak perlu gaul dengan kunyit), angkat dan toskan.

resepi ikan bilis kentang

3. Kemudian, tumis bahan kisar sampai garing dan naik bau.

4. Seterusnya, masukkan garam, gula dan bawang holland.

5. Akhir sekali, masukkan bahan yang telah digoreng tadi dan gaul sebati. Siap untuk dihidang!

Kombinasi ikan bilis yang rangup bersama kentang, terung dan tempe serta sambal berlado yang lazat pasti membuatkan anda makan sampai bertambah nasi nanti.

Sebenarnya, hidangan ini boleh dibuat dalam pelbagai bentuk dan ada yang lebih suka sagat kentang dalam bentuk bulat. Tapi, terpulang pada citarasa anda sendiri untuk menikmatinya.

Resepi Ikan Bilis Kentang Terung Tempe Berlado ini bukan saja boleh digunakan untuk berjimat, malah ia merupakan hidangan paling sesuai jika anda nak cepat masak di rumah.

Buat pengetahuan anda, ramai yang jadikan hidangan lauk ini sebagai bekal ke tempat kerja juga. Senang cerita jika tiada idea nak bawa bekal apa, bolehlah guna resepi ini.

Selamat mencuba!

Sumber: Siti Nornaim Keng

Baca juga: Ikan Bilis Goreng Bawang, Lauk Akhir Bulan Ini Sedap Macam Mak Masak!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN