donut 1 cawan tepung

Dah lama cari resipi donut 1 cawan tepung? Meh follow resipi ini.

Bila teringin nak makan donut, malas pula nak keluar beli. Kalau buat sendiri, risau terbuat banyak sangat nanti tak habis makan.

Haa apa susah, ikut saja cara buat donut perkongsian dari Khairunnisa Mohammad ini. Sesuai untuk 2 orang makan.

Baca juga: Cara Buat Donut Susu Tanpa Telur ‘Viral’, Tapi Tetap Lembut & Gebu

Cara Buat Donut 1 Cawan Tepung

Bahan-bahan:

  • 1 cawan tepung gandum (saya pakai cawan metrik)
  • 1 biji telur
  • 1 sudu kecil yis (sudu KFC)
  • ½ sudu kecil baking powder
  • 1 sudu besar gula
  • ¼ cawan air suam
  • ½ sudu besar marjerin

Cara-cara:

1. Campur semua bahan kecuali marjerin. Gaul dan uli sekejap.

2. Kemudian baru masukkan marjerin. Kalau doh melekit, tambah dalam 2 sudu besar tepung. Sambung uli sampai doh licin.

3. Perap selama 1 jam.

4. Selepas dah siap perap, bahagikan kepada 8/10 bahagian kecil. Bentukkan bulat dan penyekkan. Buat lubang di tengah.

5. Perap lagi 30 minit. Kemudian sedia untuk digoreng.

6. Bila dah siap goreng, boleh salut dengan gula atau susu.

Kredit: Khairunnisa Mohammad

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN