Kalau korang nak tahu, biskut buah pinggang ini merupakan salah satu biskut yang wajib ada semasa raya pada zaman dahulu. Boleh dikatakan biskut legend lah. Tapi, zaman sekarang jarang dah kita nampak biskut buah pinggang ini semasa hari raya. Jom cuba resepi yang dikongsikan oleh Noorzaiton Nordin di Facebook.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

BISKUT BUAH PINGGANG

Kalau korang nak tahu, biskut buah pinggang ini merupakan salah satu biskut yang wajib ada semasa raya pada zaman dahulu. Boleh dikatakan biskut legend lah. Tapi, zaman sekarang jarang dah kita nampak biskut buah pinggang ini semasa hari raya. Jom cuba resepi yang dikongsikan oleh Noorzaiton Nordin di Facebook.

BAHAN-BAHAN
  • 250 gram mentega

  • 3/4 cawan gula halus

  • 1 biji kuning telur

  • 1 cawan biskut Marie yang sudah dikisar halus

  • 1 cawan cornflake dikisar halus

  • 1 cawan tepung jagung

  • 1 cawan tepugng naik sendiri

  • 1/2 cawan tepung gandum

Kredit: Noorzaiton Nordin

CARA PENYEDIAAN
  • Pukul mentega bersama gula sampai kembang sedikit selepas itu masukkan kuning telur dan esen vanila.

  • Masukkan biskut Marie dan cornflakes yang sudah dikisar, gaul sebati dan masukkan tepung jagung.

  • Masukkan tepung kek, gaul sampai menjadi doh boleh canai. Kalau lembut sangat baru masuukkan tepung gandum tu sedikit demi sedikit.

  • Canaikan, terap dan tabur cornflakes yang sudah dikisar halus tu baru bakar pada suhu 160-180C selama 10minit mengikut oven masing-masing.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN