Categories: Resipi

Resepi Ikan Bakar Lapik Daun Pisang, Bakar Atas Kuali Pun Tetap Wangi & Sedap

Resepi ikan bakar antara hidangan yang mudah disediakan tetapi tetap mampu buat selera bertambah. Dengan hanya beberapa bahan asas seperti ikan, garam dan kunyit, ikan bakar yang wangi serta menyelerakan boleh disediakan di rumah.

Biasanya ikan bakar sinonim dengan teknik membakar menggunakan arang untuk mendapatkan aroma yang lebih harum. Namun, tak perlu risau kalau tiada pemanggang kerana ikan juga boleh dibakar menggunakan kuali leper atau fry pan sahaja.

Rahsianya adalah dengan melapik kuali menggunakan daun pisang ketika membakar. Selain mengelakkan ikan melekat, daun pisang turut memberikan aroma yang lebih wangi dan menaikkan lagi rasa ikan bakar.

Baca juga: Resipi Gulai Kuning Ikan Tongkol Yang Sedap, Reneh Lama-Lama Baru Kuah Jadi Pekat & Berkilat

RESEPI IKAN BAKAR SIMPLE

Bahan ikan bakar:

  • Ikan (apa-apa jenis ikan mengikut cita rasa)
  • Garam secukupnya
  • Kunyit secukupnya

Bahan sambal:

  • Bawang merah
  • Bawang putih
  • Cili kering
  • Garam secukupnya
  • Gula secukupnya
  • Serbuk perasa (jika suka)

Bahan tambahan:

  • Daun pisang untuk alas ketika membakar

Cara-cara penyediaan:

  1. Bersihkan ikan terlebih dahulu dan lumurkan dengan garam serta kunyit sehingga rata. Perapkan seketika supaya rasa lebih meresap.
  2. Untuk menyediakan sambal, kisarkan bawang merah, bawang putih dan cili kering sehingga halus.
  3. Masukkan bahan kisar ke dalam kuali dan tumis sehingga naik bau. Tambahkan garam, gula dan serbuk perasa mengikut kesesuaian rasa.
  4. Panaskan fry pan atau kuali leper. Letakkan daun pisang sebagai alas supaya ikan tidak melekat dan lebih beraroma.
  5. Susun ikan di atas daun pisang dan bakar menggunakan api sederhana sehingga ikan masak. Balikkan ikan supaya masak sekata.
  6. Setelah ikan masak, sapukan sambal yang telah disediakan dan bakar seketika lagi supaya sambal lebih sebati dengan ikan.
  7. Hidangkan ikan bakar bersama nasi panas, ulam-ulaman atau sambal tambahan mengikut selera.

Sumber: Ain Fara

Baca juga: Resipi Talapia Masak Lemak Cili Api, Ikan Digoreng Rangup Bersalut Kuah Lemak Pedas

Wan N

Recent Posts

Seaweed Pasta Viral, Spaghetti Sos Rumpai Laut Dengan Udang Yang Ramai Nak Cuba!

Seaweed pasta merupakan hidangan pasta yang menggabungkan rasa rumpai laut, bijan panggang dan keju Parmesan…

2 days ago

Resipi Spageti Aglio Olio Udang, Tambah Sayur Berwarna-Warni Baru Lebih Menyelerakan!

Kalau dah bosan makan spageti dengan sos yang sama, apa kata cuba resipi spageti aglio…

2 days ago

Resipi Kek Coklat Moist Bakar, Tak Perlu Kukus Pun Tetap Lembap & Gebu!

Kalau suka kek coklat yang lembap, gebu dan kaya dengan rasa coklat, resipi kek coklat…

3 days ago

Pernah Bayangkan Wajah Anda Muncul Di Skrin Gergasi Kuala Lumpur? Big Tree Jadikannya Realiti!

Bayangkan wajah sendiri tiba-tiba muncul pada skrin digital gergasi di tengah Kuala Lumpur! Pengalaman unik…

3 days ago

Agar Agar Cendol Santan Berlapis, Lemak Berkrim Dengan Manis Gula Melaka!

Kalau suka pencuci mulut tradisional, resipi agar agar cendol santan ini memang wajib dicuba! Gabungan…

3 days ago

Resipi Daging Masak Hitam Berempah, Perap Dengan Rempah Sangai Barulah Lagi Wangi!

Daging masak hitam berempah antara hidangan yang sesuai dijadikan lauk untuk makan tengah hari atau…

3 days ago