
Resepi ikan bakar antara hidangan yang mudah disediakan tetapi tetap mampu buat selera bertambah. Dengan hanya beberapa bahan asas seperti ikan, garam dan kunyit, ikan bakar yang wangi serta menyelerakan boleh disediakan di rumah.
Biasanya ikan bakar sinonim dengan teknik membakar menggunakan arang untuk mendapatkan aroma yang lebih harum. Namun, tak perlu risau kalau tiada pemanggang kerana ikan juga boleh dibakar menggunakan kuali leper atau fry pan sahaja.
Rahsianya adalah dengan melapik kuali menggunakan daun pisang ketika membakar. Selain mengelakkan ikan melekat, daun pisang turut memberikan aroma yang lebih wangi dan menaikkan lagi rasa ikan bakar.
Baca juga: Resipi Gulai Kuning Ikan Tongkol Yang Sedap, Reneh Lama-Lama Baru Kuah Jadi Pekat & Berkilat
RESEPI IKAN BAKAR SIMPLE

Bahan ikan bakar:
- Ikan (apa-apa jenis ikan mengikut cita rasa)
- Garam secukupnya
- Kunyit secukupnya
Bahan sambal:
- Bawang merah
- Bawang putih
- Cili kering
- Garam secukupnya
- Gula secukupnya
- Serbuk perasa (jika suka)
Bahan tambahan:
- Daun pisang untuk alas ketika membakar
Cara-cara penyediaan:
- Bersihkan ikan terlebih dahulu dan lumurkan dengan garam serta kunyit sehingga rata. Perapkan seketika supaya rasa lebih meresap.
- Untuk menyediakan sambal, kisarkan bawang merah, bawang putih dan cili kering sehingga halus.
- Masukkan bahan kisar ke dalam kuali dan tumis sehingga naik bau. Tambahkan garam, gula dan serbuk perasa mengikut kesesuaian rasa.
- Panaskan fry pan atau kuali leper. Letakkan daun pisang sebagai alas supaya ikan tidak melekat dan lebih beraroma.
- Susun ikan di atas daun pisang dan bakar menggunakan api sederhana sehingga ikan masak. Balikkan ikan supaya masak sekata.
- Setelah ikan masak, sapukan sambal yang telah disediakan dan bakar seketika lagi supaya sambal lebih sebati dengan ikan.
- Hidangkan ikan bakar bersama nasi panas, ulam-ulaman atau sambal tambahan mengikut selera.
Sumber: Ain Fara
Baca juga: Resipi Talapia Masak Lemak Cili Api, Ikan Digoreng Rangup Bersalut Kuah Lemak Pedas
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM














