resipi gulai kuning

Resipi gulai kuning lengkuas kunyit ikan tongkol ini merupakan lauk tradisional Kelantan yang disukai ramai kerana rasanya yang lemak, berempah dan cukup menyelerakan. Hasilnya memang membuatkan sesiapa sahaja tambah nasi.

Keistimewaan gulai kuning ini terletak pada gabungan kunyit hidup dan lengkuas yang memberikan aroma harum serta warna kuning semula jadi yang cantik. Apabila dimasak perlahan sehingga kuah naik minyak, rasanya menjadi lebih pekat dan cukup padu. Lagi lama direnihkan, lagi sedap hasilnya.

Paling nikmat apabila dihidangkan bersama nasi panas, sambal belacan, ulam timun, ikan goreng atau ikan rebus cicah budu. Kalau ada lebihan, simpan sahaja untuk keesokan harinya. Dijadikan menu nasi berlauk waktu sarapan pun memang padu!

Baca juga: Resipi Ikan Kembung Masak Pedas Ala Thai, Kuah Pekat Masam Pedas Semua Cukup!

RESIPI GULAI KUNING KUNYIT LENGKUAS IKAN TONGKOL

resipi gulai kuning

Bahan untuk ikan:

  • 1 ekor ikan tongkol sederhana besar (dipotong mengikut saiz pilihan)
  • 1-2 keping asam keping
  • Garam secukup rasa
  • Gula secukup rasa
  • Untuk kuah gulai
  • ½ kg santan pekat
  • 5 gelas air

Bahan kisar:

  • 10 biji cili kering
  • 2 biji bawang merah besar
  • 2 ulas bawang putih
  • 2 cm lengkuas
  • 3 cm kunyit hidup

Bahan tambahan:

  • Cili merah
  • Cili hijau
  • Cili padi
  • Garam secukup rasa
  • Gula secukup rasa

Cara-cara penyediaan:

  1. Rebus ikan tongkol bersama asam keping, sedikit garam dan gula sehingga masak. Jangan buang air rebusannya kerana akan digunakan semula dalam gulai.
  2. Dalam periuk lain, masukkan santan pekat bersama 5 gelas air. Didihkan sambil dikacau perlahan.
  3. Letakkan sebiji piring kecil atau sebatang sudu di dalam periuk ketika merebus santan. Petua ini membantu mengelakkan santan mudah melimpah ketika mendidih.
  4. Asingkan kira-kira ½ gelas santan untuk mengisar bahan kisar. Kisar cili kering, bawang merah, bawang putih, lengkuas dan kunyit hidup menggunakan santan tersebut tanpa menambah air supaya kuah tidak bergentel.
  5. Setelah santan mula mendidih dan sedikit naik minyak, masukkan bahan kisar. Kacau hingga sebati.
  6. Perasakan dengan garam dan gula mengikut cita rasa. Biarkan kuah mereneh dengan api sederhana.
  7. Masukkan ikan tongkol bersama air rebusannya ke dalam kuah. Reneh sehingga kuah semakin pekat, naik minyak dan kelihatan berkilat.
  8. Akhir sekali, masukkan cili merah, cili hijau dan cili padi. Teruskan mereneh beberapa minit lagi sebelum ditutup api.

Sumber: Azizah Daud

Baca juga: Sup Ikan Siakap Ala Stim Limau Berkuah Banjir, Masam Segar Hirup Panas-Panas Memang Layan

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN