ikan talapia

Ikan talapia antara jenis ikan air tawar yang sering menjadi pilihan ramai kerana isinya lembut, mudah didapati dan sesuai dimasak dengan pelbagai cara. Salah satu menu yang wajib dicuba ialah ikan talapia masak lemak cili api, hidangan berkuah santan yang mempunyai rasa lemak, pedas dan cukup menyelerakan.

Untuk menghasilkan lauk yang lebih sedap, ikan talapia digoreng terlebih dahulu sehingga garing sebelum dimasukkan ke dalam kuah masak lemak. Cara ini membuatkan tekstur ikan lebih enak kerana bahagian luar sedikit rangup tetapi masih kekal lembut di dalam.

Kuah santan yang dimasak bersama bawang, cili, serai dan kunyit pula memberikan aroma yang wangi serta rasa yang cukup seimbang. Hidangan ini memang sesuai dijadikan lauk tengah hari atau makan malam, terutama apabila dinikmati bersama nasi putih panas.

Baca juga: Resipi Sup Siakap Ala Khairul Aming, Kuah Pedas Berempah Enak Dihirup & Isi Ikan Kekal Lembut

RESEPI IKAN TALAPIA MASAK LEMAK CILI API

ikan talapia

Bahan-bahan:

  • Ikan talapia (dibersihkan)
  • Santan secukupnya
  • Bawang merah
  • Bawang putih
  • Lada hijau dan lada merah secukupnya
  • Serai (diketuk)
  • Serbuk kunyit
  • Garam secukup rasa
  • Gula secukup rasa
  • Serbuk perasa secukupnya
  • Minyak untuk menggoreng

Cara-cara penyediaan:

  1. Lumurkan talapia dengan sedikit serbuk kunyit dan garam. Goreng ikan sehingga garing, kemudian ketepikan.
  2. Kisar bawang merah, bawang putih serta lada hijau dan merah sehingga halus.
  3. Panaskan sedikit minyak dan tumis bahan kisar bersama serai yang telah diketuk sehingga naik bau dan pecah minyak.
  4. Masukkan santan ke dalam periuk. Tambahkan sedikit lagi serbuk kunyit untuk menaikkan warna kuah. Kacau perlahan supaya santan tidak pecah.
  5. Perasakan kuah dengan serbuk perasa, garam dan sedikit gula mengikut cita rasa.
  6. Masukkan ikan talapia yang telah digoreng tadi ke dalam kuah. Kacau perlahan sehingga kuah bersalut rata pada ikan.
  7. Setelah semuanya sebati dan kuah sudah cukup rasa, tutup api. Ikan talapia masak lemak cili api sedia untuk dinikmati bersama nasi panas.

Sumber: Syahadah Mohd Husin

Baca juga: Resipi Ikan Kembung Masak Pedas Ala Thai, Kuah Pekat Masam Pedas Semua Cukup!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN