resepi hot chocolate

Resepi hot chocolate cukup ini mudah jika ada yang ingin membuatnya sendiri di rumah. Jika ikut resipi ini, hasilnya sebiji sama seperti jenama terkenal itu!

Dengan hanya menggunakan serbuk koko dan susu, anda sudah boleh menikmati secawan minuman coklat yang lazat pada bila-bila masa.

Selepas ini, anda tidak perlu lagi bergantung pada jenama tertentu, buat sendiri lebih puas dan berbaloi. Jom lihat cara-cara yang lengkap seperti di bawah.

Baca juga: Air Limau Strawberi Berkrim, Segar Bila Lalu Dekat Tekak, Jom Cuba Buat!

RESEPI HOT CHOCOLATE YANG MUDAH DAN SEDAP

resepi hot chocolate

Bahan-bahan:

  • 2 sudu besar gula merah (boleh dikurangkan mengikut cita rasa)
  • ¼ sudu teh esen vanilla (optional)
  • 2-3 sudu kecil serbuk koko (apa-apa jenama boleh digunakan)
  • 1 cawan susu panas (susu segar)
  • Secubit garam (optional)

Cara-cara penyediaan:

  1. Campurkan gula merah, esen vanilla, serbuk koko, dan secubit garam dalam satu cawan. Gaul rata semua bahan kering ini.
  2. Dalam periuk kecil, panaskan susu hingga mendidih. Pastikan susu tidak hangus dengan sering mengacau.
  3. Tuangkan susu panas ke dalam cawan yang mengandungi campuran bahan kering tadi. Kacau rata sehingga serbuk koko dan gula merah larut sepenuhnya dalam susu.
  4. Hot chocolate anda kini siap untuk dinikmati!

Anda boleh menghidangkan hot chocolate ini bersama whipped cream dan mars

 seghmallow atau menikmatinya begitu sahaja juga sudah memadai. Selamat mencuba!

Kredit resipi dan gambar: Nurhayati Maleq

Baca juga: Air Anggur Laici Ini Memang ‘Perfect’ Untuk Hilangkan Dahaga, Segar Tekak Dibuatnya!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN