Categories: Resipi

Ini Cara Buat Kurma Kambing Yang Pekat Berempah, Daging Lembut & Tak Berbau Langsung!

Jom belajar resepi kurma kambing yang kuahnya cukup rasa, berempah dan lembut tak liat. Memang nikmat makan dengan nasi panas-panas.

Tapi ramai juga yang takut nak masak kambing sebab risau bau hanyir atau daging liat. Sebenarnya, dengan teknik yang betul, kambing boleh jadi sangat lembut dan sedap.

Resipi kurma kambing ini sesuai sangat untuk hidangan istimewa, jamuan keluarga atau bila teringin nak makan lauk ala kenduri di rumah. Jom ikuti langkah yang dikongsikan di bawah.

Baca juga: Resipi Perapan BBQ Sedap Tapi Guna Bahan Mudah, Sesuai Untuk Kambing, Ayam & Daging

RESEPI KURMA KAMBING

Bahan utama:

  • 1 kg daging kambing (rebus 5–10 minit dengan sedikit air, kemudian toskan untuk buang bau dan lemak)
  • 4–5 sudu besar rempah kurma
  • 3 biji kentang (potong 4)
  • 1 biji bawang holland (potong baji)
  • 2 tangkai cili hijau (belah dua)
  • 1 cawan susu cair (atau gantikan dengan santan pekat)
  • 1 sudu besar kerisik
  • 1 sudu besar sos tomato
  • 1 biji limau nipis
  • Air secukupnya
  • Minyak untuk menumis
  • 1 sudu besar marjerin (boleh ganti minyak sapi)

Bahan kisar:

  • 1–2 biji bawang besar
  • 2 inci halia
  • 3 biji buah keras
  • 3 ulas bawang putih

Bahan tumis:

  • 3–4 ulas bawang merah (mayang nipis)
  • 2 ulas bawang putih (mayang nipis)
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 4 kuntum bunga cengkih
  • 4 biji buah pelaga
  • 1 tangkai daun kari
  • 3 helai daun pandan (koyak dan simpul)

Cara-cara penyediaan:

  1. Panaskan minyak bersama marjerin di dalam kuali atau periuk.
  2. Tumis bawang merah dan bawang putih hingga kekuningan dan harum.
  3. Masukkan daun kari dan daun pandan. Kacau sehingga naik bau wangi.
  4. Masukkan bahan tumis (kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih dan buah pelaga), kemudian masukkan bahan kisar.
  5. Tambahkan rempah kurma dan sedikit air jika perlu. Masak dengan api perlahan sehingga pecah minyak dan rempah betul-betul masak.
  6. Masukkan daging kambing, sos tomato, kerisik, susu cair dan air secukupnya.
  7. Biarkan masak sehingga daging kambing hampir empuk, kemudian masukkan kentang.
  8. Perasakan dengan garam dan sedikit gula melaka mengikut cita rasa.
  9. Apabila hampir masak, masukkan bawang holland dan cili hijau.
  10. Akhir sekali, perahkan jus limau nipis sebelum tutup api untuk seimbangkan rasa dan hilangkan bau kambing.
  11. Siap untuk dihidangkan!

Sumber: Noorma Musa

Baca juga: Petua Hilangkan Bau Hamis Daging Kambing, Barulah Sedap Makan Lepas Siap Masak

Wan N

Recent Posts

Dr Rizal Kongsi Idea Menu Sarapan Sihat Bawah RM12 Untuk 4 Orang, Siap Ada Avokado!

Sarapan pagi merupakan antara waktu makan yang penting untuk membekalkan tenaga sebelum memulakan aktiviti harian.…

2 hours ago

Boleh Dapat 10 Biji Sekali Adunan, Resipi Portuguese Egg Tart Ini Memang Berbaloi Dicuba!

Teringin nak makan Portuguese Egg Tart yang mempunyai kulit pastri rangup dan inti kastard lembut…

2 hours ago

Tak Perlu Patahkan Keropok Lagi, Ini Cara Goreng Keropok Kering Supaya Kembang Elok Bentuknya!

Pernah tak goreng keropok kering, tetapi bila hendak masukkan ke dalam bekas, semuanya tak muat?…

2 hours ago

Cara Buat Apam Red Velvet Coklat, Sekali Gigit Dapat Dua Rasa Dengan Tekstur Gebu!

Kalau selalu buat apam kukus dengan satu warna, kali ini boleh cuba kelainan dengan resipi…

3 hours ago

Resipi Ayam Masak Merah Tanpa Tambah Air, Guna Teknik Ini Jadikan Kuah Pekat Menyaluti Setiap Ketul Ayam

Ayam masak merah boleh menjadi pilihan hidangan tengah hari apabila anda inginkan lauk yang menyelerakan…

3 hours ago

Resipi Siakap Kengsom Tanpa Minyak, Lengkap Dengan Protein Dan Serat!

Kalau selalu masak ikan siakap dengan cara stim atau tiga rasa, apa kata cuba kelainan…

3 hours ago