resepi telur masak sos

Kalau nak masak lauk yang cepat dan jimat tapi tetap sedap, telur memang sentiasa menjadi pilihan. Salah satu menu yang boleh dicuba ialah resepi telur masak sos.

Telur masak sos ni memang kegemaran ramai, terutama anak-anak yang suka makanan manis dan sedikit pedas. Confirm semua makan dengan berselera.

Selain mudah dan cepat disediakan, resipi ni sesuai juga untuk ibu-ibu yang sibuk sebab tak perlu bahan yang susah nak cari. Jom kita tengok bahan-bahan dan cara buatnya!

Baca juga: Resipi Telur Bungkus Isi Ayam, Menu Ringkas & Mengiurkan Bila Buntu Nak Masak Apa

RESEPI TELUR MASAK SOS

resepi telur masak sos

Bahan-bahan:

  • 5 biji telur (digoreng mata)
  • 2–3 sudu besar cili kisar (boleh pilih yang dah ada bawang)
  • 5 sudu besar sos cili
  • 1 sudu besar sos tomato
  • Sedikit air (ikut kepekatan sos yang diingini)
  • Garam secukup rasa
  • Gula secukup rasa
  • 1 biji bawang besar (hiris bulat)
  • 2–3 biji cili api (belah dua)
  • Minyak untuk menumis

Cara-cara penyediaan:

  1. Panaskan sedikit minyak dalam kuali, kemudian masukkan cili kisar.
  2. Tambahkan sedikit gula untuk seimbangkan rasa pedas cili. Kacau cili hingga naik bau dan agak garing.
  3. Masukkan sos cili dan sos tomato, kacau rata sehingga minyak pecah dan sos mula naik bau harum.
  4. Tambahkan sedikit air, sesuaikan kuah sama ada nak pekat atau cair.
  5. Masukkan garam, hirisan bawang besar dan cili api. Kacau dan rasa untuk sesuaikan.
  6. Biarkan sos reneh selama 10 minit dengan api perlahan, supaya semua bahan sebati.
  7. Tutup api, tuang sos panas atas telur goreng mata yang telah disediakan. Pastikan sos rata menutupi semua telur.
  8. Siap untuk dihidang! Nikmati bersama nasi putih panas, confirm licin meja makan.

Sumber: Zuraini Mat Arshad

Baca juga: Resipi Sosej Telur Masak Sos, Menu ‘Penyelamat’ Tengah Bulan Yang Murah Tapi Lazat!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN