
Resepi gulai telur ini sesuai kalau anda nak masak lauk yang cepat, simple tapi tetap sedap dan wangi rempahnya. Cuma guna beberapa bahan asas, tapi rasanya tetap padu, sesuai untuk dimakan bersama nasi panas.
Resipi ini juga sangat fleksibel. Kalau anda suka kuah yang pekat, boleh kurangkan air. Kalau suka lebih kuah, lebihkan sikit kuantiti. Aroma rempahnya juga boleh buat siapa sahaja yang lalu dapur, terus terliur.
Jika ada yang ingin mencuba, boleh lihat resipi penuh yang dikongsikan oleh Puan Aida Akashahfitri untuk ketahui apakah bahan-bahan yang diperlukan serta cara memasaknya di bawah.
Baca juga: Resipi Telur Masak Sos Kegemaran Anak-Anak, Lauk Ringkas & Jimat Tapi ‘Mengancam’ Sedapnya!
RESEPI GULAI TELUR

Bahan-bahan:
- 3 peket kecil rempah ayam (contoh: cap O, boleh guna rempah lain)
- 1 kotak santan (guna sedikit sahaja)
- 1 helai bunga lawang
- 2 biji buah pelaga
- 1 batang kulit kayu manis
- 3 kuntum bunga cengkih
- 2-3 helai daun kari
- 4-6 biji telur rebus
- 2 sudu besar kerisik
- 2-3 keping asam keping (optional)
- Air secukupnya
- Garam dan gula secukup rasa
Cara-cara penyediaan:
- Panaskan minyak dan tumis 4 sekawan (bunga lawang, buah pelaga, kulit kayu manis, bunga cengkih) bersama daun kari sehingga wangi.
- Bancuh rempah ayam dengan sedikit air, kemudian masukkan ke dalam kuali. Tumis hingga pecah minyak.
- Setelah pecah minyak, masukkan sedikit air. Jika mahu kuah pekat seperti gambar, jangan tambah air terlalu banyak.
- Tambahkan kerisik dan sedikit santan, kacau rata.
- Masukkan asam keping jika suka rasa sedikit masam.
- Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
- Akhir sekali, masukkan telur rebus dan biarkan sekejap supaya telur menyerap sedikit kuah.
- Gulai telur siap dihidangkan. Nikmati bersama nasi panas atau kuih-muih kegemaran.
Sumber: Aida Akashahfitri
Baca juga: Resipi Telur Rebus Sambal Balado, Menu Jimat Poket Tapi Tetap Lazat Menyelerakan!
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM














