telur rebus sambal balado

Menu ‘balado’ biasanya menggunakan ayam, ikan atau udang. Namun, rupanya sedap juga kalau buat telur rebus sambal balado.

Bukan saja sedap, tapi ini boleh dikatakan menu bajet. Telur mudah didapati dan harganya berpatutan, sesuai untuk yang sedang berjimat cermat.

Anda juga boleh ubah suai tahap kepedasan mengikut selera masing-masing. Kalau suka lebih pedas, tambahkan kuantiti cili padi.

Baca juga: Resipi Telur Bungkus Isi Ayam, Menu Ringkas & Mengiurkan Bila Buntu Nak Masak Apa

RESEPI TELUR REBUS SAMBAL BALADO

telur rebus sambal balado

Bahan-bahan:

  • 4 biji telur
  • 2 biji bawang besar saiz sederhana
  • 3 ulas bawang putih
  • 2 tangkai cili besar merah
  • 8 tangkai cili padi (boleh tambah jika suka pedas)
  • Sedikit belacan
  • 2–3 helai daun limau purut (buang urat tengah)
  • Beberapa keping asam keping
  • 1 batang serai saiz kecil (diketuk)
  • 1 sudu besar sos tiram
  • Garam dan serbuk perasa secukup rasa
  • Hirisan bawang besar untuk hiasan

Cara-cara:

  1. Rebus telur sehingga masak, kemudian belah dua dan goreng sekejap sehingga sedikit garing. Ketepikan.
  2. Kisar kasar bawang besar, bawang putih, cili besar, cili padi dan belacan.
  3. Guna minyak gorengan telur tadi (lebih sedap). Tumis serai dan bahan kisar sehingga wangi dan masak.
  4. Masukkan daun limau purut, asam keping, garam dan serbuk perasa. Kacau rata.
  5. Tambah sos tiram dan masak sehingga rencah sebati.
  6. Masukkan telur yang telah digoreng dan gaul perlahan supaya telur tidak hancur.
  7. Masak sekejap lagi, kemudian taburkan hirisan bawang besar untuk hiasan.

Sumber: Nasuha Saiful

Baca juga: Resipi Telur Dadar Pad Kra Pao Ala Thai, Lauk Mudah & Cepat Untuk Sahur!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN