Tiada idea nak masak apa menggunakan daging? Apa kata jom cuba resepi daging masak hitam berempah yang lazat dan menyelerakan ini.
Resipi perkongsian oleh Puan Nurul Aini di bawah ini memang lengkap dengan langkah demi langkah. Tak perlu risau jika tak sedap, ikut saja resipi ini confirm menjadi!
Baca juga: Cara Masak Kari Daging Supaya Pecah Minyak Elok, Boleh Ikut Tip Ini!
RESEPI DAGING MASAK HITAM BEREMPAH
Bahan-bahan:
– Daun pandan
– Serai
– Rempah empat sekawan
– Ketumbar
– Jintan manis
– Jintan putih
– Tomato
– Daging (perap dengan kicap manis)
– 2 sudu besar kicap pekat
– Gula melaka
Bahan-bahan kisar:
– Bawang besar seulas
– Bawang merah 3 – 4 ulas
– Bawang putih 2-3 ulas
– Serai
– Lengkuas
– Halia
Cara memasak:
1. Mula-mula, tumis daun pandan, serai dan rempah empat sekawan.
2. Kemudian, tumis bahan-bahan kisar yang sudah dikisar. Kalau suka pedas, boleh tambah cili kisar sekali.
3. Kacau sebati dan tumis sampai pecah minyak.
4. Sementara itu, sangai ketumbar, jintan manis dan jintan putih. Jaga-jaga api waktu sangai jangan sampai rentung. Nampak warna dah macam gelap sedikit, boleh tutup api.
5. Kemudian, kisar kering bahan sangai tadi. Kalau malas, boleh guna yang serbuk punya. Ketepikan.
6. Seterusnya, kisar sebiji tomato yang dibuang biji.
7. Apabila bahan tumis tadi dah pecah minyak, masukkan pula bahan sangai dan juga tomato yang dikisar tadi.
8. Masukkan daging yang sudah diperap ke dalam bahan tumis (perap dengan kicap manis sehingga tenggelam daging selama 30 minit).
9. Kemudian, masukkan kicap pekat dan masak sehingga daging empuk. Pastikan guna api kecil.
10. Selepas itu, masukkan gula melaka secukupnya.
11. Bila daging dah betul-betul empuk, akhir sekali letak sedikit santan pekat. Kacau sebati dan tutup api.
12. Siap daging masak hitam berempah. Makan dengan nasi panas sambil gigit cili hijau besar sangat sedap!
Kredit resipi dan gambar: Nurul Aini via Masak Apa Hari Ni (MAHN)
Baca juga: Cara Mudah Masak Daging Dendeng, Tak Sampai 1 Jam Dah Empuk & Sebati Elok