Categories: Resipi

Resipi Chicken Chop Lengkap Dengan Kuah Black Pepper, Kentang Putar, Coleslaw & Nasi Butter

Kalau anda sedang mencari resepi chicken chop yang lengkap dan sedap, inilah resipi yang patut dicuba. Hidangan ini hadir dengan ayam goreng garing, kuah black pepper berkrim, mashed potato lembut, coleslaw segar dan nasi butter wangi.

Sesuai untuk dijadikan menu makan malam istimewa atau hidangan santai bersama keluarga. Resipi ini juga mudah diikuti, walaupun anda pertama kali nak cuba menyediakan masakan gaya western di rumah.

Baca juga: Fish & Chips Homemade, Resipi Lengkap Dengan Sos Tartar Yang Sedap

RESEPI CHICKEN CHOP LENGKAP DENGAN BAHAN-BAHAN SAMPINGAN

1. Ayam Chicken Chop

Bahan-bahan:

  • 500g ayam fillet (bahagian dada atau peha, potong ikut saiz)
  • Tepung ayam goreng segera
  • Sedikit air
  • Minyak masak secukupnya untuk menggoreng

Cara-cara:

  1. Ketuk ayam supaya sedikit leper.
  2. Perapkan ayam dengan tepung ayam goreng segera dan sedikit air (jangan terlalu cair).
  3. Panaskan minyak dalam kuali dengan jumlah yang cukup banyak supaya ayam “berenang” semasa digoreng.
  4. Salut ayam perapan dengan tepung kering. Boleh ulang salut jika mahu lebih rangup.
  5. Goreng ayam hingga keemasan dan garing. Toskan minyak dan ketepikan.

2. Kuah Black Pepper

Bahan-bahan:

  • 2 sudu besar salted butter
  • 1 biji bawang holland (hiris atau cincang)
  • 4 ulas bawang putih (hiris atau cincang)
  • Serbuk black pepper secukupnya
  • 5–6 biji mushroom button (optional)
  • 1 sudu besar tepung gandum
  • 1/2 cawan susu full cream
  • 1/2 cawan air
  • 1/4 cawan chicken stock
  • 1 sudu teh kicap manis (untuk warna)
  • Garam dan gula secukupnya

Cara-cara:

  1. Panaskan butter dalam periuk dengan api sederhana. Tumis bawang holland, bawang putih dan mushroom hingga layu dan wangi.
  2. Tutup api sekejap, biar sejuk sedikit, kemudian blend bersama sedikit air hingga lumat.
  3. Masukkan semula ke dalam kuali, tambahkan tepung gandum sedikit demi sedikit sambil dikacau.
  4. Masukkan susu full cream dan air, kacau rata.
  5. Tambahkan chicken stock, kicap, garam dan gula secukupnya. Masak sehingga kuah pekat dan sebati.

3. Mashed Potato

Bahan-bahan:

  • 8 biji kentang gred sederhana besar
  • 2 sudu besar salted butter
  • 1/2 cawan susu full cream
  • Serbuk blackpepper secukupnya
  • Garam secukupnya

Cara-cara:

  1. Potong kentang kepada 8 bahagian dan rebus hingga empuk.
  2. Toskan kentang, masukkan butter dan kacau hingga lumat.
  3. Tambahkan susu full cream sedikit demi sedikit sehingga mendapat tekstur yang lembut.
  4. Perasakan dengan serbuk blackpepper dan garam. Kacau sebati dan sedia dihidang.

4. Coleslaw

Bahan-bahan:

  • 1/2 biji kobis bulat (sagat halus)
  • 1 biji lobak merah (sagat)
  • 3 sudu besar mayonis
  • 1 sudu besar susu pekat
  • 1–2 sudu besar susu full cream (optional)
  • Garam secubit

Cara-cara:

  1. Satukan kobis dan lobak merah dalam satu bekas.
  2. Masukkan mayonis dan susu pekat, kacau sebati.
  3. Tambahkan susu full cream jika mahu lebih berkrim.
  4. Perasakan dengan sedikit garam. Simpan dalam peti sejuk sekejap untuk hasil yang segar dan rangup.

5. Nasi Butter

Bahan-bahan:

  • 2 sudu besar salted butter
  • 1 biji bawang besar/holland, hiris
  • 2 ulas bawang putih (hiris)
  • 1 inci halia (hiris)
  • 1 kiub ayam
  • 1/2 cawan susu full cream
  • Garam secukupnya
  • 2 helai daun pandan

Cara-cara:

  1. Panaskan butter dalam kuali, tumis bawang besar, bawang putih dan halia hingga layu dan wangi.
  2. Masukkan kiub ayam, susu dan garam, kacau rata dan tutup api.
  3. Tuangkan tumisan ke dalam periuk berisi beras yang telah dibasuh, tambah air secukupnya dan daun pandan.
  4. Masak nasi seperti biasa hingga masak sempurna.

Sumber: Quinn Raraa

Baca juga: Resipi Spageti Goreng Daging Ala Tekak Melayu, Ringkas Tapi Buat Bertambah Pinggan!

Wan N

Recent Posts

Wanita Ini Kongsi Resipi Sandwich Telur Versinya, Bahan-Bahan Mudah Cari & Sangat Ringkas

Kalau sedang cari cara membuat sandwich telur yang mudah untuk bekal anak, resipi ini memang…

2 days ago

Setiap Negeri Ada Cerita, Ini Hidangan Ikonik Dan Resipi Ringkas Dari Seluruh Malaysia

Makanan ikonik Malaysia memang cukup pelbagai dan setiap negeri mempunyai hidangan tersendiri yang menjadi kebanggaan…

2 days ago

Resipi Puding Buah Koktail, Sejuk-Sejuk Masuk Mulut Memang Nikmat!

Puding buah koktail antara pencuci mulut yang mudah dibuat dan sedap dinikmati ketika sejuk. Teksturnya…

2 days ago

Resipi Ayam Masak Merah Santan, Tengok Kuahnya Yang Pekat Cantik Pun Dah Buat Terliur

Kalau mencari idea lauk yang mudah tetapi tetap menyelerakan, ayam masak merah santan ini boleh…

2 days ago

Tokey Kedai Makan Dedah Resipi Serbuk Perasa, Boleh Guna Untuk Pelbagai Jenis Masakan

Kalau selama ini tertanya-tanya apa bahan yang digunakan untuk menghasilkan serbuk perasa yang sesuai untuk…

2 days ago

Cara Lembutkan Ayam Beku Dalam 10 Minit, Rupanya Guna 3 Bahan Ini Saja!

Cara lembutkan ayam beku ini boleh dicuba apabila ayam masih keras sedangkan masa untuk memasak…

2 days ago