spaghetti goreng

Kalau dah bosan dengan menu pasta biasa, apa kata jom cuba spaghetti goreng daging. Resipi ini lebih sedap, ringkas dan sesuai sangat untuk lidah orang Malaysia.

Cara memasak ini juga menggabungkan gaya masakan pasta dengan cita rasa ala goreng, jadi hasilnya pedas, berempah dan penuh rasa.

Apa yang paling menarik, tesktur spageti kekal cantik kerana terus dimasukkan dari periuk rebusan ke dalam tumisan, tak perlu tos-tos!

Baca juga: Resipi Spageti Aglio Seafood, Kena Masak Begini Barulah Berjus & Tak Kering!

RESEPI SPAGHETTI GORENG DAGING

spaghetti goreng

Bahan-bahan:

  • Spageti (direbus dengan sedikit garam)
  • Daging kisar (minced beef)
  • Daging hiris nipis
  • Bawang merah
  • Bawang putih
  • Cili merah
  • Tomato
  • Cili giling/cili boh
  • Bawang holland (potong dadu)
  • Cendawan (mushroom)
  • Sos pasta
  • Baby tomato
  • Italian herbs
  • Minyak zaitun (olive oil)
  • Garam dan perasa secukupnya

Cara-cara penyediaan:

  1. Kisar bawang merah, bawang putih, cili merah dan tomato sehingga halus.
  2. Panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumis bahan kisar. Masukkan cili giling dan biarkan hingga pecah minyak.
  3. Masukkan bawang holland yang telah dipotong dadu.
  4. Kemudian, masukkan daging kisar bersama hirisan daging. Kacau sehingga masak dan berubah warna.
  5. Tambahkan cendawan, sos pasta, garam dan perasa secukupnya.
  6. Masukkan spaghetti yang baru direbus terus dari periuk (tak perlu toskan). Cara ini membantu mengekalkan tekstur spaghetti lebih cantik dan tidak kering.
  7. Akhir sekali, masukkan baby tomato, taburkan Italian herbs dan siram sedikit minyak zaitun.
  8. Gaul rata, angkat dan sedia untuk dihidangkan.

Sumber: Ayu Mashruddin

Baca juga: Cara Masak Spaghetti Carbonara Versi Express, Campak-Campak Dah Siap!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN