
Kentang putar antara menu paling senang nak pancing selera anak kerana lembut berkrim. Oleh sebab itu, ramai mak-mak suka belajar cara buat Kentang Putar sendiri di rumah.
Resipinya sangat mudah, ikut saja cara buat Kentang Putar yang dikongsikan oleh Mmy Yusuff ArRayyan di Facebook. Cukup bahan, bolehlah buat untuk anak-anak. Jom kita cuba!
Baca juga: Tips Elak Kentang Hitam Selepas Dikupas, Biar Satu Malam Pun Tak Apa!
CARA BUAT KENTANG PUTAR

Bahan-bahan kentang lenyek:
- 5 biji kentang
- 1 cawan susu segar
- Serbuk lada sulah
Cara-cara buat kentang lenyek:
- Potong kentang dalam bentuk dadu.
- Rebus kentang selama 20 minit.
- Tos kentang dan lenyekkan.
- Gaul bersama susu segar dan lada sulah.

Bahan-bahan kuah:
- 2 cawan air
- 1 kiub ayam
- 1 biji bawang besar (dikisar)
- 2 ulas bawang putih (dikisar)
- 4 sudu marjerin
- 1 cawan tepung gandum
- Serbuk lada hitam
- Serbuk lada sulah
Cara-cara buat kuah:
- Didihkan air terlebih dahulu.
- Masukkan kiub ayam bersama bawang dan reneh selama 10 minit.
- Tutup api dan toskan dalam bekas.
- Kemudian, cairkan marjerin.
- Masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit dan kacau sampai tepung larut.
- Masukkan air rebusan tadi sedikit demi sedikit.
- Akhir sekali, tabur serbuk lada hitam.
Selamat mencuba!
Sumber: Mmy Yusuff ArRayyan
Baca juga: Cara Buat Cucur Kentang Guna 3 Bahan, Tetap Sedap & Rangup Walaupun Sejuk!
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM














