resepi butir nangka

Resepi butir nangka merupakan salah satu pemanis mulut tradisional yang popular di pantai timur seperti Kelantan dan Terengganu.

Bubur butir nangka ini sejenis kuih yang dibuat menggunakan tepung pulut, santan, gula melaka dan beberapa bahan lain.

Bagi yang belum pernah merasa keenakan pencuci mulut ini, Puan Miza Ramli ada kongsikan resipinya. Jom lihat cara-cara dan bahan yang diperlukan.

Baca juga: Cara Buat Bubur Som Som Yang Lembut Elok, Makan Sejuk-Sejuk Lazatnya Tak Terkata!

RESEPI BUTIR NANGKA KELANTAN

Bahan-bahan:

– 200gm tepung pulut
– 180gm air
– 2/3 titis pewarna hijau (Boleh guna jugak daun pandan yang dikisar dan tapis untuk ambik airnya)
– 200ml santan kotak
– 250gm air
– 60gm gula melaka
– 5gm gula
– 2 helai daun pandan
– 1/2 tsp halba (jika suka)
– 2 cubit garam

Cara-cara:

1. Panaskan air di dalam periuk terlebih dahulu.

2. Satukan tepung, air dan pewarna. Uli sehingga adunan tidak melekat di tangan.

resepi butir nangka

3. Gentelkan adunan tadi menjadi bujur, kemudian masukkan ke dalam air yang dah mendidih. Ulang sehingga habis adunan.

4. Bila adunan butir nangka dah terapung, angkat dan masukkan ke dalam air sejuk di dalam mangkuk lain. Ulang hingga semua habis.

resepi butir nangka

5. Dalam periuk lain, masukkan santan, air, gula melaka, daun pandan dan gula. Masak santan hingga berbuih. Kemudian masukkan halba kacau lagi.

6. Kacau hingga menggelegak. Kemudian masukkan butir nangka tadi ke dalam kuah. Kacau bagi sebati adunan. Siap!

resepi butir nangka

Nota kaki: Boleh buat versi gula sahaja iaitu kuah putih. ula dan gula melaka mungkin boleh kurang atau lebihkan bergantung pada cita rasa sendiri.

Kredit resipi dan gambar: Miza Ramli Full via Masak Apa Hari Ni (MAHN)

Baca juga: Resipi Bubur Gunting Homemade, Sedapnya Buat Untuk Minum Petang!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN