Categories: Resipi

Resipi Ayam Rebus Diet, Tanpa Setitik Minyak Pun Tetap Juicy & Sedap!

Resepi ayam rebus diet ini memang sesuai untuk anda yang sedang dalam misi menurunkan berat badan, kerana ia langsung tidak menggunakan setitik minyak pun.

Gabungan herba dan rempah ratus yang wangi meresap masuk ke dalam isi ayam, menjadikan hidangan ini bukan sahaja sedap, malah kaya dengan khasiat.

Jika ada yang ingin mencuba, boleh lihat resipi penuh yang dikongsikan oleh Tuan Adriana Arissa di bawah.

Baca juga: Resipi Ayam Madu Versi Berkuah, Punyalah Sedap Sampai Satu Rumah Tak Henti Puji!

RESEPI AYAM REBUS DIET

Bahan perapan:

  • Seulas bawang putih (ditumbuk)
  • Sedikit halia (ditumbuk)
  • Sedikit garam

Cara perapan:

  1. Satukan semua bahan iaitu bawang putih, halia dan garam bersama ayam.
  2. Gaul sebati dan perapkan seketika selama 30 minit.

Bahan sampingan:

  • Chili flakes (ikut tahap kepedasan)
  • Sedikit rosemary (jika ada)
  • Serbuk perasa atau chicken stock
  • Daun ketumbar (pilihan)
  • Sedikit sos tiram

Cara memasak:

  1. Masukkan ayam yang telah diperap ke dalam periuk.
  2. Tuangkan air hingga paras ayam.
  3. Masukkan juga semua bahan sampingan iaitu chili flakes, rosemary, serbuk perasa, daun ketumbar dan sos tiram.
  4. Rebus semua bahan sehingga air hampir kering dan kuah menjadi pekat.
  5. Sedia untuk dihidangkan bersama nasi putih panas.

Sumber: Tuan Adriana Arissa

Baca juga: Resipi Ayam Bakar Paling Simple Tapi Padu, Guna 3 Bahan Saja Untuk Perap!

Wan N

Recent Posts

OhBulan! Paling Viral Online 2.0 Buka Undian Top 15, Ini Senarai Calon Bagi 9 Kategori

OhBulan Paling Viral Online 2.0 (OBPVO 2.0) kini membuka fasa undian Top 15 bermula 2…

13 hours ago

Mi Sup Campur Bebola, Resipi Ringkas Tapi Aroma Tumisannya Buat Tak Sabar Nak Makan!

Hujan-hujan begini memang terasa nikmat kalau dapat makan semangkuk mi sup panas-panas. Tambah pula bebola…

13 hours ago

Chicken Mushroom Soup Homemade, Sekali Buat Terus Tak Pandang Sup Dalam Tin!

Chicken mushroom soup tak semestinya perlu dibeli dalam tin kerana anda boleh menyediakannya sendiri di…

14 hours ago

Resipi Kuih Lapis Labu Mudah, Tak Guna Tepung Gandum Tapi Tetap Lembut Kenyal!

Kuih lapis labu kuning antara kuih tradisional yang menarik untuk dicuba, lebih-lebih lagi buat penggemar…

16 hours ago

Kek Mentega Simple Guna Sukatan Cawan, Lembut Gebu & Harum Semerbak Satu Rumah!

Bau kek mentega yang sedang dibakar memang cukup menggoda! Harum semerbak mentega memenuhi ruang rumah,…

17 hours ago

Resipi Kepah Masak Cili Ala Thai, Tambah Cili Padi Kalau Nak Lebih Pedas Yang Memikat Selera!

Resepi kepah masak cili ala Thai ini sesuai untuk penggemar makanan laut yang sukakan hidangan…

17 hours ago