
Resepi ayam rebus diet ini memang sesuai untuk anda yang sedang dalam misi menurunkan berat badan, kerana ia langsung tidak menggunakan setitik minyak pun.
Gabungan herba dan rempah ratus yang wangi meresap masuk ke dalam isi ayam, menjadikan hidangan ini bukan sahaja sedap, malah kaya dengan khasiat.
Jika ada yang ingin mencuba, boleh lihat resipi penuh yang dikongsikan oleh Tuan Adriana Arissa di bawah.
Baca juga: Resipi Ayam Madu Versi Berkuah, Punyalah Sedap Sampai Satu Rumah Tak Henti Puji!
RESEPI AYAM REBUS DIET

Bahan perapan:
- Seulas bawang putih (ditumbuk)
- Sedikit halia (ditumbuk)
- Sedikit garam
Cara perapan:
- Satukan semua bahan iaitu bawang putih, halia dan garam bersama ayam.
- Gaul sebati dan perapkan seketika selama 30 minit.
Bahan sampingan:
- Chili flakes (ikut tahap kepedasan)
- Sedikit rosemary (jika ada)
- Serbuk perasa atau chicken stock
- Daun ketumbar (pilihan)
- Sedikit sos tiram
Cara memasak:
- Masukkan ayam yang telah diperap ke dalam periuk.
- Tuangkan air hingga paras ayam.
- Masukkan juga semua bahan sampingan iaitu chili flakes, rosemary, serbuk perasa, daun ketumbar dan sos tiram.
- Rebus semua bahan sehingga air hampir kering dan kuah menjadi pekat.
- Sedia untuk dihidangkan bersama nasi putih panas.
Sumber: Tuan Adriana Arissa
Baca juga: Resipi Ayam Bakar Paling Simple Tapi Padu, Guna 3 Bahan Saja Untuk Perap!
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM














