Categories: Resipi

Sayur Kailan Ikan Masin Siraman Kuah Pekat, Ratah Begitu Saja Pun Sedap!

Jika tengah buntu nak masak sayur apa untuk makan tengah hari atau malam, menu Sayur Kailan Ikan Masin ini memang pilihan tepat. Bukan saja mudah disediakan, tapi rasanya memang padu.

Sayur Kailan Ikan Masin ialah sejenis hidangan tumisan yang popular di dapur Asia terutamanya dalam masakan Cina, Thai dan Malaysia.

Liza Idris telah tunjukkan cara memasak hidangan sayur ini di Facebook yang membuatkan ramai tertarik kerana hasilnya sedap diratah begitu saja. Jom kita cuba!

Baca juga: Sawi Masak Sos Tiram Paling Simple, Simbahan Kuahnya Buat Selera Tertarik!

RESIPI SAYUR KAILAN IKAN MASIN

Bahan-bahan:

  • 1 ikat sayur kailan (asingkan batang dan daun)
  • Segenggam kecil ikan masin
  • ½ biji bawang holland (atau boleh ganti bawang merah)
  • 4 ulas bawang putih (diketuk)
  • 3 biji cili padi (ikut tahap kepedasan)
  • 1 biji cili merah (dihiris serong)
  • 3 sudu besar sos tiram
  • 2 sudu besar kicap
  • 1 sudu besar tepung jagung (dibancuh dengan sedikit air)
  • 1 cawan air
  • Minyak masak secukupnya

Cara-cara memasak:

1. Mula-mula, panaskan minyak dalam kuali dan goreng ikan masin sampai garing serta berbau harum.

2. Masukkan bawang putih dan cili padi, kemudian tumis sampai wangi.

3. Apabila ikan masin sudah garing, masukkan bawang holland atau bawang merah.

4. Tambahkan sos tiram dan kicap, kemudian gaul rata.

5. Ketuk sedikit batang kailan supaya cepat lembut. Masukkan ke dalam kuali dan gaul sampai sebati dengan perencah.

6. Tuangkan 1 cawan air dan masukkan cili merah, kemudian masukkan bancuhan tepung jagung untuk memekatkan kuah.

7. Akhir sekali, masukkan daun kailan dan kacau seketika sampai sayur layu. Siap untuk dihidang!

Setelah siap Sayur Kailan Ikan Masin ini, anda boleh hidangkan bersama nasi putih yang panas. Bau harum ikan masin bercampur kuah pekat sos tiram, pasti membuka selera seisi keluarga.

Selamat mencuba!

Sumber: Liza Idris

Baca juga: Sup Sayur Tauhu Telur Simple, Sesuai Untuk Yang Nak Diet Tapi Suka Makan Sedap!

Aimi

Recent Posts

OhBulan! Paling Viral Online 2.0 Buka Undian Top 15, Ini Senarai Calon Bagi 9 Kategori

OhBulan Paling Viral Online 2.0 (OBPVO 2.0) kini membuka fasa undian Top 15 bermula 2…

12 hours ago

Mi Sup Campur Bebola, Resipi Ringkas Tapi Aroma Tumisannya Buat Tak Sabar Nak Makan!

Hujan-hujan begini memang terasa nikmat kalau dapat makan semangkuk mi sup panas-panas. Tambah pula bebola…

12 hours ago

Chicken Mushroom Soup Homemade, Sekali Buat Terus Tak Pandang Sup Dalam Tin!

Chicken mushroom soup tak semestinya perlu dibeli dalam tin kerana anda boleh menyediakannya sendiri di…

13 hours ago

Resipi Kuih Lapis Labu Mudah, Tak Guna Tepung Gandum Tapi Tetap Lembut Kenyal!

Kuih lapis labu kuning antara kuih tradisional yang menarik untuk dicuba, lebih-lebih lagi buat penggemar…

15 hours ago

Kek Mentega Simple Guna Sukatan Cawan, Lembut Gebu & Harum Semerbak Satu Rumah!

Bau kek mentega yang sedang dibakar memang cukup menggoda! Harum semerbak mentega memenuhi ruang rumah,…

16 hours ago

Resipi Kepah Masak Cili Ala Thai, Tambah Cili Padi Kalau Nak Lebih Pedas Yang Memikat Selera!

Resepi kepah masak cili ala Thai ini sesuai untuk penggemar makanan laut yang sukakan hidangan…

16 hours ago