resepi ayam bakar simple

Kalau sedang cari resepi ayam bakar simple yang cepat disediakan dan tetap sedap, ini salah satu resipi yang anda boleh cuba!

Resipi ini hanya perlukan tiga bahan asas untuk perapan, tapi hasilnya sangat memuaskan. Tak perlu perap lama pun, ayam tetap padu dan cukup rasa.

Kadang-kadang kita tak ada masa nak sediakan hidangan yang rumit, jadi resipi ringkas macam ini memang jadi penyelamat. Jom cuba!

Baca juga: Resipi Bubur Ayam Sama Sedap Macam Jual Dekat Kedai, Confirm Licin Semangkuk!

RESEPI AYAM BAKAR SIMPLE

resepi ayam bakar simple

Bahan-bahan:

  • ½ ekor ayam
  •  3 sudu besar gula
  •  ½ botol kecil sos cili
  •  ½ cawan minyak masak

Cara-cara:

  1. Bersihkan ayam dan toskan airnya.
  2. Dalam satu bekas, campurkan gula, sos cili dan minyak masak. Gaul hingga sebati.
  3. Masukkan ayam ke dalam campuran tersebut dan gaul rata.
  4. Boleh diperap seketika jika ada masa, tetapi jika tidak sempat, teruskan sahaja ke langkah seterusnya.
  5. Sediakan api untuk membakar (gunakan arang). Jika ingin menggunakan ketuhar, sila sesuaikan suhu mengikut jenis oven masing-masing kerana suhu mungkin berbeza.
  6. Bakar ayam sambil sentiasa dibalik-balikkan agar masak sekata.
  7. Sapukan lebihan bahan perapan semasa membakar untuk menambah rasa dan kelembapan.
  8. Teruskan membakar hingga ayam masak sepenuhnya.

Sumber: Nur Khalidah Ishak

Baca juga: Resipi Sup Ayam Tomato Ini Lain Dari Biasa, Rasa Lebih Umami & Segar Bila Dihirup!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN