Pasti ramai yang sudah biasa makan ayam percik Kelantan kan? Kali ini apa kata jom cuba resepi ayam percik kuning versi Terengganu pula.
Cara memasaknya juga cukup ringkas dan mudah. Biasanya ayam perlu dibakar sebanyak dua kali, namun jika ikut resipi ini hanya perlu dibakar 1 kali saja.
Jika ada yang mahu mencubanya, ikuti saja resipi perkongsian oleh Aisyah Humaira di bawah. Selamat mencuba!
Baca juga: Sedapnya Ikan Celup Tepung Ala Terengganu, Ikut Resipi Ini Memang Rangup Kruk Krak!
Bahan-bahan:
Kisar semua bahan-bahan di atas.
Bahan-bahan tumbuk:
Tumbuk semua bahan-bahan di atas.
Cara memasak:
1. Gaul ayam bersama garam, serbuk kunyit dan sedikit minyak masak. lalu bakar dalam kuali dengan api perlahan dan tutup kuali. Balikkan ayam supaya masak sekata. Sambil tunggu ayam masak bolehlah buat kuah percik.
2. Cara membuat kuah percik, panaskan minyak (minyak mesti lebih dari bahan yang hendak ditumis), masukkan bahan kisar, bahan tumbuk, serai dan cili kisar.
3. Guna api paling perlahan, tumis semua bahan ini sehingga pecah minyak. Kacau sesekali untuk elah bahan hangus.
4. Setelah bahan tumis dah pecah minyak boleh masukkan asam keping, gula, garam, halba, santan dan sedikit air mengikut kepekatan kuah yang diingini.
5. Apabila kuah sudah mendidih, masukkan ayam dan kacau sebati. (Jika nak bakar lagi sekali pun boleh lepas dah salut kuah). Selamat mencuba!
Kredit resipi dan gambar: Aisyah Humaira
Baca juga: Cara Buat Laksa Terengganu Kuah Putih, Makan Dengan Laksam Pun Boleh
Bagi penggemar masakan kampung, siput sedut sememangnya antara hidangan yang cukup menyelerakan. Namun, sebelum dimasak,…
Kalau suka pencuci mulut tradisional, resipi agar agar cendol santan ini memang wajib dicuba! Gabungan…
Daging masak hitam berempah antara hidangan yang sesuai dijadikan lauk untuk makan tengah hari atau…
Biasa makan tomyam ayam atau tomyam seafood? Apa kata kali ini cuba pula resepi ikan…
Kuih lompang sukatan cawan antara resipi kuih tradisional yang mudah dibuat sendiri di rumah. Rasanya…
Resepi kek pisang mudah ini mempunyai kelainan tersendiri dengan penggunaan mentega perang atau brown butter…