Rupanya ini cara goreng telur dadar supaya tidak terlalu berminyak dan garing walaupun sudah sejuk. Resipi perkongsian oleh Julia Aleen Aireish ini boleh dipratikkan jika anda masih ‘gagal’ setiap kali menggoreng telur.
Walaupun kebanyakan orang sudah biasa menggorengnya, namun tidak ramai yang tahu teknik yang betul supaya telur tidak berminyak dan kekal rangup walaupun sejuk. Mari ikuti resipi lengkap di bawah.
Baca juga: Resipi Telur Bungkus Ala Kedai Makan, Puas Hati Makan Kalau Buat Sendiri
Bahan-bahan:
Cara-cara:
1. Pecahkan telur ke dalam bekas mangkuk. Kocak telur menggunakan garpu sehingga berbuih dengan banyak.
2. Tuangkan secawan minyak masak ke dalam kuali. Pastikan minyak cukup panas sebelum tuang telur ke dalam kuali.
3. Semasa tuang telur ke dalam minyak, angkat bekas sedikit tinggi supaya telur turun selari cantik, akan nampak percikan kerinting pada bahagian tepi. Jangan tuang semua telur sekaligus.
4. Pastikan guna api kuat dan biarkan bahagian bawah masak dan garing. Kemudian baru terbalikkan untuk masak bahagian atasnya pula.
5. Apabila kedua-dua bahagian sudah garing, sediakan penapis, angkat telur dan toskan minyak.
6. Sediakan tisu, letak telur tadi ke atas tisu pula. Supaa dapat serap lagi saki baki minyak yang ada.
7. Hasilnya, telur elok kering dan tak berminyak. Apabila sejuk masih ada rasa garing. Selama mencuba!
Kredit resipi dan gambar: Julia ALeen Aireish
Baca juga: Masak Lemak Cili Api Versi Telur Dadar, Resipi Jimat Tak Perlu Guna Ayam!
Kuih lompang sukatan cawan antara resipi kuih tradisional yang mudah dibuat sendiri di rumah. Rasanya…
Resepi kek pisang mudah ini mempunyai kelainan tersendiri dengan penggunaan mentega perang atau brown butter…
Biasanya, ramai yang menggunakan serbuk kunyit sebagai bahan utama ketika menyediakan ayam goreng. Namun, ayam…
Resepi mee wantan sup ini boleh dijadikan pilihan sarapan untuk anak-anak sebelum ke sekolah. Dalam…
Sebuah premis makanan di Kulim, Kedah diarahkan tutup selepas pemeriksaan mendapati tahap kebersihannya tidak memuaskan,…
Kuey teow ladna resepi guna seafood ini sesuai dicuba kalau teringin menikmati hidangan berkuah pekat.…