Resepi ayam honey butter ini menggunakan bahan ringkas tetapi hasilnya sangat memikat. Tekstur ayam rangup di luar, lembut di dalam dan bersalut sos madu bermentega yang wangi. Resipi ini sesuai untuk sesiapa yang mahukan hidangan cepat tanpa perlu teknik rumit.
Perap, goreng dan gaul dengan sos, itu saja langkah utama. Rasanya manis-masin seimbang dan mudah disesuaikan mengikut selera, sama ada untuk lauk makan tengah hari, makan malam atau snek panas yang mengecurkan air liur.
Baca juga: Cara Buat Ayam Goreng Crispy Ala Mamak Yang Rangup Tahan Lama, Aromanya Power Luar Biasa!
Bahan-bahan untuk perap ayam:
Bahan-bahan untuk salut dan goreng:
Bahan-bahan untuk sos honey butter:
Cara-cara penyediaan:
1. Perap Ayam
Satukan ayam dengan bawang putih, halia, kicap cair, sos tiram, lada hitam dan garam. Perap 30 minit.
2. Salut Dan Goreng
Balut ayam dalam tepung dan goreng dalam minyak panas sehingga rangup keemasan.
3. Masak Sos Honey Butter
Cairkan mentega, tumis bawang putih, kemudian masukkan kicap cair dan madu. Masak hingga sos sedikit likat.
4. Gaul Sampai Bersalut Cantik
Masukkan ayam goreng dan gaul hingga semua kepingan disalut sos berkilat.
Tip Untuk Hasil Lebih Padu
Cadangan Hidangan
Sedap dimakan dengan nasi panas, kentang putar, roti atau sebagai snek untuk keluarga.
Selamat mencuba!
Sumber: rachunyou
Baca juga: Resipi Ayam Masak Madu Pekat Berkilat, Makan Dengan Nasi Panas Memang Tak Cukup Pinggan!
Sebuah premis makanan di Kulim, Kedah diarahkan tutup selepas pemeriksaan mendapati tahap kebersihannya tidak memuaskan,…
Kuey teow ladna resepi guna seafood ini sesuai dicuba kalau teringin menikmati hidangan berkuah pekat.…
Resipi mac and cheese ini sesuai untuk anda yang ingin mencuba kelainan daripada hidangan pasta…
Ramai menggunakan gula kelapa untuk membuat kuih tradisional kerana rasanya manis dan aromanya seakan karamel.…
Donut bantal antara pilihan menarik untuk dibuat sendiri di rumah, terutama apabila teringin menikmati kuih…
Cabbage rolls ialah hidangan menggunakan daun kubis yang dibalut bersama inti, kemudian dikukus sehingga masak.…