ayam goreng crispy

Kalau anda sedang cari resipi ayam goreng crispy yang betul-betul rangup, berempah dan juicy di dalam, ini dia jawapannya. Resipi ini viral kerana menggunakan teknik perapan ringkas tetapi hasilnya setanding ayam goreng kedai mamak, garing di luar, lembut di dalam dan penuh rasa!

Rahsianya terletak pada gabungan rempah kisar dan penggunaan tepung beras yang menjadikan tekstur ayam lebih crunchy tanpa perlu bancuhan tepung tebal.

Baca juga: Cara Hilangkan Bau Ayam Dengan Mudah Guna 5 Bahan Dapur, Tepung INI Paling Berkesan!

RESIPI AYAM GORENG CRISPY ALA MAMAK RANGUP BEREMPAH

ayam goreng crispy

Bahan-bahan A:

  • ½ ekor ayam (dipotong kecil)
  • 2 paket kecil serbuk cili
  • 1 sudu besar gula
  • 1 sudu teh garam
  • 3–4 tangkai daun kari
  • 1 senduk tepung beras
  • ½ senduk tepung gandum
  • 3 sudu besar air asam jawa
  • ½ cawan air

Bahan-bahan B (Kisar):

Cara-cara penyediaan:

1. Kisar semua bahan B hingga halus.

2. Satukan bahan kisar dengan semua bahan A dalam satu bekas.

3. Gaul hingga ayam bersalut rata dengan bahan perapan.

4. Perap sekurang-kurangnya 30 minit dalam peti sejuk.

  • Lagi lama perap, lagi sedap rasa ayam goreng crispy ini.

6. Panaskan minyak yang banyak untuk goreng secara deep fry.

7. Masukkan ayam dan goreng hingga keemasan serta garing.

8. Angkat dan toskan sebelum hidang.

Tips Penting Ayam Goreng Crispy Jadi Lebih Rangup

  • Gunakan tepung beras untuk tekstur lebih crispy dan tahan lama.
  • Pastikan minyak benar-benar panas sebelum mula menggoreng.
  • Goreng dalam kuantiti sedikit supaya ayam masak sekata.
  • Daun kari boleh digoreng sekali untuk aroma ala mamak yang lebih padu.

Sedap Dimakan Dengan Apa?

Ayam goreng crispy ini memang layan dimakan bersama:

  • Nasi putih panas
  • Nasi lemak
  • Sambal belacan
  • Sos cili atau mayonis

Resipi ayam goreng crispy ini sangat mudah, bahan pun ringkas, tetapi hasilnya memang luar biasa. Sesuai untuk hidangan harian atau jamuan keluarga, sekali cuba, pasti nak buat lagi!

Selamat mencuba!

Sumber: Mariana Zainal

Baca juga: Cara Buat Ayam Goreng Paling Sedap Di Rumah, Mudah & Cepat Dengan Satu Bahan Rahsia

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN