pantang larang minum madu

Madu terkenal sebagai superfood semula jadi yang kaya dengan manfaat kesihatan. Dari meningkatkan imunisasi hingga memberi tenaga semula jadi, ramai yang jadikan madu sebagai rutin harian. Tapi tahukah anda, ada pantang larang minum madu yang ramai orang tidak ambil tahu?

Jika diabaikan, khasiat madu boleh hilang dan boleh menjejaskan penghadaman serta kesihatan tubuh. Jom kita bongkar 4 pantang larang penting sebelum minum madu!

Baca juga: 10 Makanan Jadi Punca Badan Berangin, Gastrik & Perut Kembung, Ramai Makan Setiap Hari!

PANTANG LARANG MINUM MADU

pantang larang minum madu

1. Jangan Tidur Selepas Minum Madu

Ramai percaya minum madu sebelum tidur bagus untuk kesihatan. Tapi sebenarnya:

  • Satu sudu madu ada 64 kalori (lebih tinggi dari gula biasa).
  • Minum madu sebelum tidur boleh buat kalori tidak terbakar, meningkatkan risiko obesiti.

*Tip: Minum madu pada waktu pagi atau selepas sarapan supaya tubuh boleh membakar kalori dengan lebih efektif.

2. Elak Makanan Bergula Selepas Minum Madu

Madu semula jadi kaya dengan fruktosa, glukosa, mineral dan antioksidan. Ia pengganti gula yang sihat.

Namun, jika diambil bersama makanan tinggi gula:

  • Gula darah boleh naik mendadak.
  • Risiko diabetes, penyakit jantung dan berat badan meningkat turut tinggi.

*Tip: Gunakan madu sebagai pemanis semula jadi sahaja. Elakkan pencuci mulut manis selepas minum madu.

3. Jangan Minum Madu Panas

Madu asli mudah rosak jika dipanaskan:

  • Enzim dan khasiat boleh musnah.
  • Proses penghadaman jadi lebih sukar.

*Tip: Minum madu pada suhu bilik atau campurkan dengan air suam, bukan air panas mendidih.

4. Jangan Beri Madu Pada Bayi

Bayi bawah 12 bulan tidak sesuai diberi madu kerana berisiko terkena keracunan botulisme akibat bakteria Clostridium botulinum.

  • Orang dewasa jarang terjejas kerana sistem imun lebih kuat.

*Tip: Tunggu sehingga bayi berumur setahun sebelum mula beri madu.

Madu memang penuh khasiat, tapi jangan lupa pantang larang minum madu ini:

  • Jangan tidur selepas minum madu
  • Elak makanan bergula selepas minum madu
  • Jangan panaskan madu
  • Jangan beri madu pada bayi

Patuh pada pantang larang ini supaya khasiat madu dapat dimanfaatkan sepenuhnya.

Jika selepas minum madu anda rasa pening, mual, muntah atau cirit-birit, segera jumpa doktor.

Semoga bermanfaat!

Sumber: Malek Ladzim

Baca juga: Minum Air Manis Waktu Pagi Atau Malam, Mana Sebenarnya Lebih Mudaratkan?

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN