ayam masak madu

Nak sediakan hidangan lauk yang lazat buat seisi keluarga, cubalah buat Ayam Masak Madu. Rasanya manis, pedas dan berempah yang seimbang, pasti keluarga puji kesedapannya.

Resipi Ayam Masak Madu yang dikongsikan oleh Kak Yan di Facebook disukai ramai kerana cara memasaknya yang tak renyah dan sesuai untuk mak-mak yang sibuk. Jom kita cuba!

Baca juga: Ayam Masak Buttermilk Versi Paling Kaw, Sekali Suap Terus Buat Selera Terangkat!

RESIPI AYAM MASAK MADU

ayam masak madu

Bahan-bahan:

  • 1 ekor ayam (dipotong sederhana)
  • Rempah empat sekawan
  • 2 helai daun pandan
  • 3 biji bawang merah besar
  • 5 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 2 sudu besar cili kisar
  • 2 sudu besar sos tomato
  • Segenggam daun kari
  • 2 sudu besar sos cili
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu besar serbuk cili
  • 1 sudu besar cuka
  • 2 sudu besar madu
  • 2 sudu besar tepung serbaguna
  • Garam secukup rasa
  • Minyak untuk menggoreng

ayam masak madu

Cara-cara masak:

  1. Gaulkan ayam dengan tepung serbaguna dan sedikit garam, kemudian goreng sampai masak dan keperangan. Toskan minyak.
  2. Panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumis rempah empat sekawan, daun pandan dan daun kari sampai naik bau.
  3. Masukkan bawang merah, bawang putih dan halia yang telah dikisar. Tumis sampai garing.
  4. Masukkan cili kisar dan serbuk cili. Kacau sampai pecah minyak.
  5. Tambahkan sos tomato, sos cili, sos tiram, madu dan cuka. Gaul rata.
  6. Masukkan ayam goreng tadi ke dalam kuah, gaul hingga sebati dan biarkan seketika supaya perencah meresap.

Selamat mencuba!

Sumber: Kak Yan

Baca juga: Ayam Masak Merah Pekat Likat, Rasa Pedas Manis Macam Lauk Kenduri!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN