Ambuyat merupakan salah satu makanan tradisi masyarakat di Sabah. Ia juga dikenali sebagai ‘linut’ di negeri Sarawak. Resepi ambuyat ini boleh dikatakan agak mudah kerana hanya menggunakan tepung dan air panas.
Sajian ini berwarna putih cair, bertekstur seperti gam dan sedikit melekit. Ia biasanya dimakan dengan sambal belacan. Namun begitu, ada juga yang makan bersama sayur kangkung dan ikan goreng.
Ambuyat lebih enak dimakan semasa ianya masih panas. Ada ketikanya, ambuyat dimakan bersama-sama sebagai hidangan makan tengah hari bagi menggantikan nasi.
Jika ada yang tertanya-tanya bagaimana rasa hidangan ini, mari kita cuba buat sendiri di rumah menggunakan resipi di bawah.
Baca juga: Resipi Lada Sabah Cara MUDAH, Susah Nak Jumpa Di Semenanjung Ini
RESEPI AMBUYAT
Bahan-bahan:
- 1 kg (6 cawan) tepung sagu rumbia
- Air panas yang baru dimasak
- 1 liter (4 cawan) air
Cara membuatnya:
1. Campur tepung sagu rumbia dengan 4 cawan air. Mendapkan selama 10 minit.
2. Selepas 10 minit, buang air dan masukkan sagu ke dalam bekas yang tahan suhu air panas.
3. Bancuh sagu dengan air panas yang baru mendidih.
4. Kacau sehingga sebati dan masak sehingga sagu kelihatan jersih dan lihat seperti gam. Ini menandakan sagu itu telah masak.
5. Jika mahu masak dengan cepat, ikut cara alternatif ini. Campurkan tepung sagu dengan air, masak di atas kuali menggunakan api yang sederhana sehingga menjadi lihat dan jernih.
RESEPI SAMBAL BELACAN
Bahan-bahan:
- 1 ketul belacan bakar
- Cili padi/cili biasa (kuantiti mengikut kepedasan yang disukai)
- Perasa
- Sedikit gula
- Jus limau
Cara membuatnya:
1. Satukan semua bahan dalam lesung batu atau blender. Tumbuk atau kisar sehingga lumat.
2. Boleh juga tambahkan sedikit bawang merah dan isi udang (direbus/dibakar).
3. Cicah ambuyat yang sudah siap dibuat tadi ke dalam sambal belacan. Selamat mencuba!
Kredit resipi dan gambar: Nur Illa, Ceplok
Baca juga: Cara Buat Sambal Ikan Masin Sengelo, Sambal Tradisi Orang Sarawak