ubi kentang goreng

Resepi ubi kentang goreng cili padi ini sangat sesuai untuk mereka yang ada banyak kentang di rumah dan tidak tahu nak masak apa.

Ubi kentang biasanya dijadikan bahan sampingan dalam hidangan seperti kari daging atau kari ayam.

Namun, kali ini, apa kata jom cuba resipi kentang goreng cili padi yang ringkas dan mudah disediakan untuk seisi keluarga.

Baca juga: Jangan Buang Kulit Ubi Kentang! Rupanya Boleh Buat Kerepek Rangup Untuk Kudap-Kudap

RESEPI UBI KENTANG GORENG CILI PADI

ubi kentang goreng

Bahan-bahan:

  • 5-6 biji cili api (ikut kepedasan yang diinginkan)
  • 2 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 3-4 biji cili merah (boleh tambah atau kurangkan)
  • 3-4 biji kentang (dipotong dadu)
  • Perisa (garam, gula dan serbuk perasa secukupnya)
  • Minyak untuk menggoreng

Cara memasak:

  1. Potong kentang kepada bentuk dadu, kemudian goreng hingga kentang masak dan keemasan.
  2. Sementara itu, blend bawang merah, bawang putih dan cili api (serta cili merah jika digunakan) hingga halus.
  3. Panaskan sedikit minyak dalam kuali, kemudian tumis bahan yang telah diblend tadi hingga garing dan wangi.
  4. Masukkan perisa seperti garam, gula dan serbuk perasa secukup rasa.
  5. Akhir sekali, masukkan kentang goreng yang telah siap, kacau rata supaya semua bahan tercampur dengan baik.
  6. Angkat dan sedia untuk dihidangkan.

Kredit resipi dan gambar: Liyzaa Fendiy

Baca juga: Resepi Begedil Kentang Ayam Tanpa Tepung, Guna Cara Ini Confirm Tak Hancur!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN