resepi agar agar soya

Resepi agar agar soya cincau ini jarang dibuat orang dan pasti ramai yang tidak pernah mencubanya. Namun, mesti ada yang tertanya-tanya apakah rasa pencuci mulut ini bukan?

Jangan risau, kombinasi soya dan cincau sangat serasi. Bayangkan anda minum air soya cincau, begitulah rasa agar-agar ini. Memang lembut dan cair di dalam mulut.

Bahan-bahan yang diperlukan serta cara penyediaannya juga cukup ringkas. Sesuai dinikmati bersama seisi keluarga untuk minum petang.

Baca juga: Resipi Agar Agar Sirap Ros Legend, Ada Petua Kira Sukatan Supaya Menjadi Elok

RESEPI AGAR AGAR SOYA CINCAU

resepi agar agar soya

Bahan-bahan:

  • 1 kotak besar (1L) soya – Saya pakai jenama Homesoy Original
  • 260-300g cincau (nak letak lebih lagi boleh saja)
  • 10 sudu besar susu pekat (suka manis lebih boleh tambah)
  • 1 paket (10g) serbuk agar-agar
  • 2 ketul kecil gula batu
  • Secubit garam

Cara-cara:

  1. Campurkan semua bahan kecuali cincau. Masak hingga hampir mendidih.
  2. Selepas itu, boleh tutup api.
  3. Sambil itu, sagat cincau dan tmasukkan dalam adunan agar-agar.
  4. Kemudian, tuangkan adunan terus ke dalam acuan yang telah dibasahkan terlebih dahulu)
  5. Sejukkan selama 2 jam di dalam peti sejuk.
  6. Sedia untuk dinikmati. Selamat mencuba!

Kredit resipi dan gambar: Atiqah Abdul Aziz

Baca juga: Cara Buat Puding Kastard Jagung, Lebihkan ‘Bahan Ini’ Kalau Nak Lagi Lemak

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Trending