bihun kungfu

Ramai yang mungkin belum pernah mencuba bihun kungfu ini. Rasanya memang sedap, rugi siapa yang belum pernah menikmatinya.

Biasanya bila pergi ke kedai makan, ramai yang sering memilih kuetiau kungfu. Namun, kali ini jom kita cuba kelainan dengan mihun kungfu pula.

Bagi yang berminat untuk mencuba, anda boleh rujuk resipi di bawah. Kalau buat sendiri di rumah bukan sahaja  jimat, tapi juga lebih sedap!

Baca juga: Mihun Rebus Sedap Ada Rahsianya, Rupanya Kena Kisar Bahan Ini

RESEPI BIHUN KUNGFU

bihun kungfu

Bahan-bahan:

  • 1/2 bungkus bihun (digoreng dalam minyak panas)
  • 2-3 ulas bawang putih (cincang halus)
  • Isi ayam
  • Fishcake
  • Udang
  • Kailan
  • Carrot
  • Bunga kobis
  • 1 kiub ayam
  • Serbuk lada sulah
  • 1 sudu besar tepung jagung + air
  • 1 telur (dipukul)

Cara-cara:

  1. Panaskan minyak dan tumis bawang putih hingga wangi.
  2. Masukkan isi ayam dan udang, kacau hingga separuh masak.
  3. Tambahkan air, kiub ayam, garam dan serbuk lada sulah. Kacau rata.
  4. Masukkan carrot dan bunga kobis, masak hingga sayuran menjadi lembut.
  5. Masukkan kailan dan fishcake, kemudian tambah tepung jagung yang telah dibancuh dengan sedikit air untuk memekatkan kuah.
  6. Tuang telur yang telah dipukul, kacau perlahan-lahan.
  7. Letakkan bihun yang telah digoreng dalam pinggan dan tuang kuah di atas bihun.
  8. Siap! Nikmati bihun kung foo yang sedap ini.

Cara goreng mihun:

Sumber: Rozmaliza Omar

Baca juga: Mihun Rebus Sedap Ada Rahsianya, Rupanya Kena Kisar Bahan Ini

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN