resipi kek pisang kukus

Walaupun tiada mixer di rumah, anda masih boleh buat resipi Kek Pisang Kukus yang mudah dengan blender. Paling menarik, hasilnya tetap lembut dan sedap dimakan.

Kek Pisang ialah kek klasik yang disukai ramai sejak dulu lagi. Jika berada di kampung, pisang lebih mudah diperolehi dan semestinya kek ini menjadi pilihan untuk dibuat.

Dengan menggunakan tepung gandum, telur, minyak masak, gula dan pisang, anda boleh buat Kek Pisang yang terlajak sedap dan gebu apabila dimakan.

Selain dibuat secara bakar, anda boleh buat Kek Pisang secara kukus juga. Walaupun tekstur dan rasanya agak berbeza, namun ia tetap sedap dinikmati bersama kopi atau teh O panas.

Perkongsian resipi Kek Pisang Kukus oleh NormalaAhmadan di Facebook dapat banyak pujian kerana hasilnya cukup cantik dan berkilat. Jom kita cuba!

Baca juga: Cara Buat Kek Pisang Dengan 5 Bahan, Resipi Paling Bajet Dan Mudah Abad Ini!

RESIPI KEK PISANG KUKUS

resipi kek pisang kukus

Bahan utama:

  • 1 cawan pisang (dilecek)

Bahan-bahan untuk ayak:

  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 sudu teh baking powder
  • 1 sudu teh soda bikarbonat

Bahan-bahan untuk kisar:

Cara-cara membuat:

1. Mula-mula, ayak tepung gandum bersama baking powder dan soda bikarbonat.

2. Selepas itu, kisar telur bersama gula pasir dan minyak.

3. Kemudian, tuang bahan kisar ke dalam mangkuk.

4. Seterusnya, masukkan adunan tepung yang sudah diayak tadi bersama pisang yang sudah dilecek.

5. Akhir sekali, gaul sebati dan kukus selama 45 minit. Setelah sejuk, boleh dipotong.

resipi kek pisang kukus

Sekarang, kek ini mudah didapati terjual di pasar raya dan kedai runcit. Tapi, kesedapannya lebih terasa asli apabila dibuat dengan air tangan sendiri.

Resipi Kek Pisang Kukus ini bukan saja sedap disajikan sebagai minum petang, malah anda boleh jadikannya sebagai sarapan bersama keluarga tersayang di rumah.

Selamat mencuba!

Sumber: NormalaAhmadan NormalaAhmadan

Baca juga: Resepi Kek Pisang Simple Guna Periuk Nasi, Lembut Begini Mesti Sedap!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN