ikan kembung masak lemak

Ramai yang suka masak lauk dan sayur dalam satu hidangan kerana mudah. Oleh itu, resipi Ikan Kembung Masak Lemak Cili Api campur kacang buncis ini pasti buat anda berselera.

Masak lemak ialah sejenis masakan Melayu yang mempunyai asal-usul tradisi Nusantara dalam cara memasaknya. Biasanya, ia menggunakan santan kelapa bersama ikan, daging, ayam dan sayuran.

Walaupun masak lemak sering dikaitkan dengan masakan gulai yang berkuah cair, tapi ada juga jenis yang berkuah pekat. Sebenarnya, ia bergantung kepada kepekatan santan yang digunakan dalam masakan.

Cara memasaknya pun tak susah mana, anda ikut saja resipi Ikan Kembung Masak Lemak Cili Api yang dikongsikan oleh Suriani Mohd di Facebook ini. Jom kita cuba!

Baca juga: Resepi Masak Lemak Ayam Cili Padi, Masuk 2 Jenis Santan Baru Pedasnya Ngam!

RESIPI IKAN KEMBUNG MASAK LEMAK CILI API

ikan kembung masak lemak

Bahan-bahan:

  • 6 ekor ikan kembung segar
  • 1 genggam cili api
  • 1 sudu makan serbuk kunyit (lebih sedap guna kunyit hidup)
  • 4 hingga 5 keping asam gelugur
  • 1 cawan air
  • 1 santan kotak saiz kecil (boleh guna 1 biji kelapa untuk santan segar)
  • Garam secukup rasa
  • 1 mangkuk kacang buncis
  • Serbuk perasa secukupnya

Cara-cara memasak:

1. Mula-mula, tumbuk cili padi bersama kunyit sampai lumat.

2. Kemudian, masukkan ikan yang telah dibersihkan ke dalam kuali atau periuk bersama bahan-bahan tumbuk.

ikan kembung masak lemak

3. Selepas itu, tambahkan asam gelugur ke dalam kuali.

4. Masukkan air, buka api dan gaul semua bahan perlahan-lahan sampai sebati, kemudian renehkan seketika.

5. Apabila ikan kelihatan sedikit kecut, masukkan santan (lebih sedap jika menggunakan santan segar yang diperah) dengan kepekatannya ikut suka sama ada pekat atau cair.

6. Seterusnya, masukkan hirisan kacang buncis dan perasakan dengan garam serta perasa dengan secukupnya.

7. Akhir sekali, masak sampai ikan masak sempurna dan kacang buncis juga lembut. Setelah itu, boleh padamkan api.

Kami yakin jika anda buat Ikan Kembung Masak Lemak Cili Api ini untuk keluarga di rumah, pasti mereka memuji kesedapannya nanti.

Selamat mencuba!

Sumber: Suriani Mohd

Baca juga: Lelaki Kongsi Tips Masak Lemak Cili Api Yang ‘Power’, Sedapnya Boleh Pergi Jauh!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN