Categories: Resipi

Resipi Rendang Tok Perak Yang Pekat Gelap & Berempah Wangi, Rasa Macam Air Tangan Mak Dulu-Dulu!

Kalau anda peminat rendang tok perak yang asli, pekat gelap dan penuh aroma rempah, resipi turun-temurun yang dikongsi oleh Sheila Zainal Akmar ini memang wajib anda cuba. Hanya dengan melihat gambarnya saja sudah buat ramai terliur — sehinggakan beliau sendiri terus ke pasar mencari daging keesokan harinya!

Resipi ini bukan versi komersial atau moden. Ini rendang tok perak gaya kampung, hasil air tangan arwah ibu beliau, dimasak perlahan hingga rempah menyerap sepenuhnya ke dalam daging.

Baca juga: Tips Masak Rendang Supaya Lebih Sedap, Pekat & Tak Mudah Basi Berhari-Hari, Ini Cara Betul!

RESIPI RENDANG TOK PERAK

Bahan utama:

  • Daging lembu (lebih sedap kalau ada sedikit lemak)

Bahan-bahan disangai dan dikisar:

  • Bawang merah
  • Bawang putih
  • Halia
  • Lengkuas
  • Serai
  • Kunyit hidup
  • Cili kering
  • Jintan manis
  • Jintan putih
  • Biji ketumbar
  • Bunga lawang
  • Kulit kayu manis (ketuk sedikit)

Bahan-bahan lain:

  • Bawang besar (3 biji — ini rahsia kesedapan)
  • Santan
  • Kerisik
  • Gula merah
  • Daun kunyit
  • Kicap pekat (pilihan)
  • Garam dan gula
  • Minyak

Cara-cara penyediaan:

1. Sangai Rempah

  • Masukkan semua bahan kisar ke dalam kuali tanpa minyak.
  • Sangai hingga naik bau — jangan hangus.
  • Sejukkan seketika.

2. Kisar Sampai Halus

  • Masukkan bahan sangai ke blender.
  • Tambah sedikit air dan minyak untuk bantu hancurkan rempah keras.
  • Kisar hingga halus.

3. Tumis Rempah

  • Panaskan sedikit minyak.
  • Masukkan rempah kisar.
  • Tumis sekadar wangi, tak perlu tunggu pecah minyak.

4. Masukkan Daging

  • Gaul daging bersama tumisan.
  • Tambah santan cair atau air.
  • Reneh perlahan.

5. Petua Keluarga: Masukkan Bawang Besar

  • Masukkan 3 biji bawang besar.
  • Reneh lebih 1 jam sehingga bawang mula caramelized dan pekatkan kuah.

6. Pekatkan Dan Perasakan

  • Masukkan santan pekat.
  • Masukkan kerisik, gula merah, garam dan gula.
  • Gaul hingga pekat.

7. Gelapkan Warna Rendang Tok Perak

  • Tambahkan sedikit kicap pekat (jika mahu warna lebih gelap).

8. Keringkan Rendang

  • Teruskan mereneh hingga rendang benar-benar kering, pekat dan melekat pada daging.

9. Sentuhan Akhir

  • Masukkan daun kunyit. Siap untuk dihidangkan!

Resipi ini dihalalkan oleh Sheila Zainal Akmar untuk semua. Jika anda mencari rendang tok perak yang confirm jadi, pekat dan terasa seperti air tangan mak-mak lama, inilah resipi yang takkan mengecewakan.

Selamat mencuba!

Sumber: Sheila Zainal Akmar

Baca juga: Resipi Rendang Maman Asli Negeri Sembilan, Hidangan Rare Tanpa Bawang Tapi Pekat Berlemak

Aimi

Recent Posts

Malas Guna Banyak Periuk? Cuba ‘One Pot Chicken Rice’, Nasi Pun Wangi Aroma Halia & Bawang Putih

Resipi One Pot Chicken Rice ini sesuai untuk peminat nasi ayam yang mahukan cara penyediaan…

3 hours ago

Bukan Daun Kunyit, Kali Ini Guna Daun Kesum! Masak Lemak Ketam Jadi Lebih Wangi & Menyengat

Resepi masak lemak ketam ini menggabungkan rasa manis isi ketam dengan kuah santan yang pekat…

4 hours ago

Petua Orang Lama Buat Ikan Selayang Rebus Goreng, Rupanya Ada Tip Supaya Isi Tak Hancur!

Ikan selayang rebus goreng antara lauk kampung yang cukup ringkas tetapi tetap menyelerakan. Ikan direbus…

5 hours ago

Resipi Ayam Masak Bawang Yang Penuh Aroma, Goreng Bawang Sampai Keperangan Lagi Manis!

Ayam masak bawang antara menu lauk yang boleh menaikkan selera makan, lebih-lebih lagi apabila dihidangkan…

7 hours ago

Sambal Balado Homemade Tanpa Belacan, Guna Campuran 3 Jenis Cili Memang ‘Kick’ Rasanya!

Sambal balado antara jenis sambal yang cukup menyelerakan, lebih-lebih lagi apabila dimakan bersama nasi putih…

7 hours ago

Udang Sotong Masak Kam Heong Ala Kedai, Ada Tip Penting Supaya Tak Liat Dan Berair!

Udang sotong masak kam heong antara hidangan makanan laut yang cukup menyelerakan, terutama bagi penggemar…

7 hours ago