
Mengetahui cara simpan kerisik yang betul sebenarnya boleh memudahkan kerja memasak di dapur, terutamanya bila tiba musim Raya. Maklumlah, waktu ini banyak hidangan tradisional seperti rendang, kuah kacang dan sambal goreng menggunakan kerisik sebagai bahan penting.
Biasanya kita beli kerisik di pasar dan simpan dalam peti sejuk sebagai stok. Tapi masalah yang selalu berlaku, kerisik jadi keras dan beku. Bila nak masak, kita pula terlupa keluarkan awal.
Akhirnya terpaksalah korek dengan sudu, ketuk dengan alu lesung atau cuba potong dengan pisau semata-mata nak ambil sedikit kerisik. Memang leceh, lebih-lebih lagi kalau tengah sibuk siapkan hidangan untuk keluarga.
Sebenarnya ada cara simpan kerisik yang lebih mudah dan praktikal supaya senang ambil bila-bila masa, tanpa perlu bergelut dengan kerisik beku.
Baca juga: 10 Jenama Kerisik Paling Sedap Di Malaysia, Confirm Hasil Rendang Tak Mengecewakan
CARA SIMPAN KERISIK SUPAYA MUDAH AMBIL

Kalau selalu berdepan masalah ini, boleh cuba cara mudah ini.
1. Masukkan kerisik dalam bekas ais
Ambil bekas membuat ais (ice cube tray) dan masukkan kerisik ke dalam setiap ruang menggunakan sudu.
2. Tekan sedikit supaya padat
Tekan kerisik menggunakan belakang sudu supaya ia menjadi mampat.
3. Bekukan seketika
Masukkan bekas ais ke dalam peti sejuk beku selama kira-kira 3 hingga 4 jam sehingga kerisik menjadi keras.
4. Keluarkan dari bekas ais
Apabila kerisik sudah beku, keluarkan kiub kerisik tersebut.
5. Simpan dalam bekas bertutup
Masukkan semua kiub kerisik ke dalam bekas bertutup dan simpan dalam peti sejuk biasa.
SENANG BILA NAK MASAK RENDANG RAYA
Cara ini memang sangat membantu, terutama bila musim Raya. Bila nak masak rendang Raya, sambal goreng atau kuah kacang, anda hanya perlu ambil beberapa ketul kerisik sahaja.
Tak perlu lagi korek kerisik keras atau tunggu ia lembut.
Antara kelebihannya:
- Mudah ambil ikut jumlah yang diperlukan
- Lebih cepat ketika memasak
- Penyimpanan lebih kemas dalam peti sejuk
- Sesuai untuk buat stok bahan dapur
TIP PILIH KERISIK YANG SEDAP
Selain tahu cara simpan kerisik, pastikan juga kerisik yang dibeli berkualiti supaya masakan lebih sedap.
Biasanya kerisik yang baik mempunyai ciri seperti:
- Warna coklat muda
- Bau harum kelapa sangai
- Tidak terlalu berminyak
- Tiada kulat
Selalunya kerisik yang dijual di pasar basah lebih segar kerana baru diproses.
Nampak macam tip dapur yang kecil, tapi sebenarnya cara simpan kerisik ini memang sangat membantu, terutama bila dapur tengah sibuk menjelang Hari Raya.
Bila nak memasak, ambil sahaja beberapa kiub kerisik dan terus masukkan ke dalam masakan. Mudah, cepat dan tak pening kepala lagi.
Semoga bermanfaat!
Sumber: Dapur Cempakasari
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM














