Categories: Resipi

Resipi Roti Sosej Goreng Homemade Yang Lembut & Gebu, Boleh Buat Frozen Untuk Stok Di Rumah!

Roti sosej goreng memang antara menu simple yang selalu buat ramai teringat zaman sekolah atau waktu beli kuih di gerai tepi jalan. Bau roti yang digoreng panas-panas dengan sosej di tengah memang susah nak tolak. Lagi sedap bila makan waktu petang sambil minum teh atau kopi panas.

Kalau ada roti sosej goreng homemade di rumah, memang tak perlu fikir lama nak sediakan menu sarapan atau minum petang. Anak-anak pun biasanya suka sebab rasa roti lembut dan ada sosej di dalam. Nak buat pun sebenarnya tak susah, cuma kena sabar sedikit waktu uli doh supaya hasil roti jadi lebih lembut dan gebu.

Menariknya resipi ini guna bahan yang mudah dan kebanyakannya memang sudah ada di dapur. Bila dah pandai buat sendiri, boleh pelbagaikan inti ikut cita rasa masing-masing. Nak buat frozen pun boleh untuk stok di rumah.

Baca juga: Resipi Jejari Roti Bersalut Rangup & Mengenyangkan, Sarapan ‘Last Minute’ Paling Mudah Disediakan

RESIPI ROTI SOSEJ GORENG

Bahan-bahan:

  • 1 paket yis
  • 1 cawan air suam
  • 2 sudu besar gula
  • 4 cawan tepung gandum
  • 2 sudu besar planta
  • 2 sudu besar susu pekat manis
  • 2 sudu besar susu tepung
  • 1 sudu kecil baking powder
  • Sosej secukupnya
  • Minyak untuk menggoreng

Cara-cara penyediaan:

  1. Bancuhkan yis bersama air suam dan gula. Kacau sebati kemudian biarkan hingga bancuhan naik dan berbuih.
  2. Dalam mangkuk lain, masukkan tepung gandum, planta, susu pekat manis, susu tepung dan baking powder. Gaulkan hingga jadi seperti serbuk roti.
  3. Tuang bancuhan yis ke dalam adunan tepung tadi dan uli hingga doh lembut serta tidak melekat di tangan. Lagi lama uli, lagi lembut hasil rotinya nanti.
  4. Tutup doh dan biarkan hingga naik dua kali ganda.
  5. Rebus sosej terlebih dahulu dan toskan.
  6. Bila doh sudah naik, tumbuk perlahan untuk buang angin. Ambil sedikit doh dan bulatkan.
  7. Canaikan doh memanjang kemudian lilitkan pada sosej hingga kemas.
  8. Panaskan minyak dan goreng menggunakan api perlahan hingga roti keperangan dan masak sekata.
  9. Angkat dan toskan sebelum dihidangkan panas-panas.

Roti sosej goreng ini memang sesuai dibuat bila ada masa lapang di rumah. Tekstur roti yang lembut dengan sosej di tengah memang buat sekali makan susah nak berhenti.  Kalau nak lebih sedap, boleh makan bersama sos cili atau mayonis. Memang layan!

Sumber: Rin Norin

Baca juga: Roti Butter Kaya Viral Ala Coffee Bean, Wanita Ini Kongsi Rahsia Sampai Suami Minta Hari-Hari!

Wan N

Recent Posts

Resipi Koktail Buah Creamy, Meriah Dengan Buah Warna-Warni… Sekali Cedok Tak Cukup!

Resipi fruit cocktail antara pencuci mulut yang sesuai dihidangkan ketika cuaca panas. Gabungan buah-buahan segar…

26 mins ago

Resipi Sambal Ikan Tongkol Yang Menggoda Selera, Tambah Daun Kesum Terus Naik Aroma!

Ikan tongkol masak sambal antara hidangan yang cukup digemari ramai kerana gabungan rasa pedas, manis…

1 hour ago

Resipi Dumpling Ayam Kukus, Inti Lembut Berjus Cicah Pula Sos Thai Memang Mantap!

Resipi dumpling ayam kukus ini sesuai untuk sesiapa yang teringin menikmati dumpling homemade dengan inti…

4 hours ago

Resipi Mini Burnt Cheesecake 7 Bahan Jadi Keperangan Elok Ala Bakeri, Saiz Kecil Tapi Padu Berkrim!

Resepi mini burnt cheesecake ini sesuai dijadikan pencuci mulut untuk keluarga atau tetamu. Saiznya yang…

4 hours ago

Resepi Ayam Masak Padang Tanpa Santan, Kuah Pekat Dengan Rasa Rempah Pedas Masam!

Resepi ayam masak padang sesuai dicuba bagi penggemar lauk berempah yang kaya dengan rasa dan…

6 hours ago

Resipi Ayam Masak Cili Api Pedas Menyengat… Menu Makan Malam ‘Anti-Diet’, Memang Tak Cukup!

Ayam masak cili api antara menu makan malam yang sesuai untuk penggemar hidangan pedas. Rasa…

1 day ago