
Kalau sebut tentang rendang maman, ramai orang luar Negeri Sembilan mungkin masih belum pernah rasa hidangan tradisi yang satu ini. Berbeza dengan rendang biasa yang penuh dengan bawang, serai dan pelbagai rempah, rendang ini tampil sangat unik kerana menggunakan bahan yang jauh lebih ringkas tetapi tetap kaya rasa.
Rendang maman merupakan antara menu tradisi masyarakat Negeri Sembilan khususnya di kawasan Gemencheh. Ia sering dihidangkan ketika musim perayaan dan majlis keluarga, namun kini semakin jarang dimasak kerana daun maman segar agak sukar didapati. Menariknya, walaupun bahan asasnya sedikit, rasa rendang ini sangat lemak, pedas dan “fresh” dengan aroma daun maman yang tersendiri.
Baca juga: Tips Masak Rendang Supaya Lebih Sedap, Pekat & Tak Mudah Basi Berhari-Hari, Ini Cara Betul!
RESIPI RENDANG MAMAN ASLI NEGERI SEMBILAN

Bahan-bahan:
- 1 ekor ayam (potong ikut suka)
- 1 kg daun maman segar
- Cili padi (ikut tahap pedas masing-masing)
- 1 kg santan pekat
- ¾ kunyit hidup
- 7–8 keping asam keping
- Garam secukup rasa
- Perasa (optional)
Cara-cara penyediaan:
1. Sediakan bahan
Cuci bersih ayam dan toskan. Untuk daun maman, asingkan bunga putih yang lembut, rendam sekejap kemudian toskan.
2. Kisar bahan asas
Kisar cili padi bersama kunyit hidup hingga halus.
3. Masak ayam
Masukkan ayam ke dalam periuk dan “kecutkan” bersama bahan kisar tanpa minyak hingga air ayam keluar dan kering sedikit.
4. Masukkan santan
Tuangkan santan bersama sedikit air (sama banyak dengan santan). Kacau perlahan hingga mendidih.
5. Perasakan kuah
Masukkan asam keping, garam dan perasa jika mahu. Biarkan kuah menjadi pekat dan sebati.
6. Masukkan daun maman (step paling penting)
Bila kuah dah pekat, masukkan daun maman. Biarkan seketika, kemudian kaup balik perlahan. Jangan kacau terlalu kerap kerana boleh buat rendang jadi pahit.
7. Masak hingga kering
Kecilkan api dan teruskan memasak hingga rendang betul-betul kering dan berlemak. Sesekali kacau perlahan supaya tidak hangit.
Tip Wajib Untuk Hasil Rendang Maman Sempurna
- Guna daun maman segar, bukan jeruk
- Api perlahan adalah kunci utama
- Jangan terlalu kerap kacau selepas masukkan daun maman
- Ayam kampung atau ayam pencen lebih “kick” rasanya
Kalau anda tengah cari kelainan untuk menu raya tahun ini, rendang maman Negeri Sembilan adalah pilihan yang wajib dicuba. Resipi tradisi ini bukan sahaja unik, malah membawa rasa nostalgia masakan kampung yang semakin jarang ditemui.
Selamat mencuba!
Sumber: Noriyah Yahya
Baca juga: Resepi Rendang Tok Perak Asli, Sedap Sampai Mak Mentua Puji Melambung!
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM














