Categories: Resipi

Resipi Rendang Maman Asli Negeri Sembilan, Hidangan Rare Tanpa Bawang Tapi Pekat Berlemak

Kalau sebut tentang rendang maman, ramai orang luar Negeri Sembilan mungkin masih belum pernah rasa hidangan tradisi yang satu ini. Berbeza dengan rendang biasa yang penuh dengan bawang, serai dan pelbagai rempah, rendang ini tampil sangat unik kerana menggunakan bahan yang jauh lebih ringkas tetapi tetap kaya rasa.

Rendang maman merupakan antara menu tradisi masyarakat Negeri Sembilan khususnya di kawasan Gemencheh. Ia sering dihidangkan ketika musim perayaan dan majlis keluarga, namun kini semakin jarang dimasak kerana daun maman segar agak sukar didapati. Menariknya, walaupun bahan asasnya sedikit, rasa rendang ini sangat lemak, pedas dan “fresh” dengan aroma daun maman yang tersendiri.

Baca juga: Tips Masak Rendang Supaya Lebih Sedap, Pekat & Tak Mudah Basi Berhari-Hari, Ini Cara Betul!

RESIPI RENDANG MAMAN ASLI NEGERI SEMBILAN

Bahan-bahan:

  • 1 ekor ayam (potong ikut suka)
  • 1 kg daun maman segar
  • Cili padi (ikut tahap pedas masing-masing)
  • 1 kg santan pekat
  • ¾ kunyit hidup
  • 7–8 keping asam keping
  • Garam secukup rasa
  • Perasa (optional)

Cara-cara penyediaan:

1. Sediakan bahan

Cuci bersih ayam dan toskan. Untuk daun maman, asingkan bunga putih yang lembut, rendam sekejap kemudian toskan.

2. Kisar bahan asas

Kisar cili padi bersama kunyit hidup hingga halus.

3. Masak ayam

Masukkan ayam ke dalam periuk dan “kecutkan” bersama bahan kisar tanpa minyak hingga air ayam keluar dan kering sedikit.

4. Masukkan santan

Tuangkan santan bersama sedikit air (sama banyak dengan santan). Kacau perlahan hingga mendidih.

5. Perasakan kuah

Masukkan asam keping, garam dan perasa jika mahu. Biarkan kuah menjadi pekat dan sebati.

6. Masukkan daun maman (step paling penting)

Bila kuah dah pekat, masukkan daun maman. Biarkan seketika, kemudian kaup balik perlahan. Jangan kacau terlalu kerap kerana boleh buat rendang jadi pahit.

7. Masak hingga kering

Kecilkan api dan teruskan memasak hingga rendang betul-betul kering dan berlemak. Sesekali kacau perlahan supaya tidak hangit.

Tip Wajib Untuk Hasil Rendang Maman Sempurna

  • Guna daun maman segar, bukan jeruk
  • Api perlahan adalah kunci utama
  • Jangan terlalu kerap kacau selepas masukkan daun maman
  • Ayam kampung atau ayam pencen lebih “kick” rasanya

Kalau anda tengah cari kelainan untuk menu raya tahun ini, rendang maman Negeri Sembilan adalah pilihan yang wajib dicuba. Resipi tradisi ini bukan sahaja unik, malah membawa rasa nostalgia masakan kampung yang semakin jarang ditemui.

Selamat mencuba!

Sumber: Noriyah Yahya

Baca juga: Resepi Rendang Tok Perak Asli, Sedap Sampai Mak Mentua Puji Melambung!

Aimi

Recent Posts

Cara Buat Tepung Bungkus Gaya Lama, Inti Kelapa Manis Dibalut Dengan Tepung Pulut

Cara buat tepung bungkus gaya lama ini sesuai untuk anda yang menggemari kuih tradisional Melayu.…

1 hour ago

Resepi Chi Kut Teh Ayam Kampung Berkuah Herba & Sihat, Guna Pressure Cooker Sahaja!

Chi kut teh resepi ini sesuai dijadikan pilihan hidangan ketika cuaca tidak menentu. Kuahnya yang…

3 hours ago

Jom Buat Kek Batik Horlick Viral Yang ‘Confirm’ Jadi Kegilaan Ramai, Bukan Versi Coklat Biasa!

Kek Batik Horlick antara pilihan menarik untuk penggemar kek batik yang suka rasa malt berkrim…

14 hours ago

Kulit Pisang Cepat Bertukar Hitam & Lebam? Cuba 6 Cara Ini, Lepas Lima Hari Pun Tahan Lagi!

Pisang antara buah yang sering dibeli untuk dijadikan sarapan, bekal ke tempat kerja atau bahan…

19 hours ago

Resipi Fish Ball Homemade Guna Isi Ikan Selayang, Mudah Rupanya…Uli Uli Siap!

Resepi fish ball homemade boleh dicuba jika anda mahu menyediakan bebola ikan sendiri di rumah…

20 hours ago

Ayam Masak Oren Ala Chinese Style, Sosnya Pekat Melekat! Rupanya Guna Kordial Oren Je…

Ayam masak oren diinspirasikan daripada orange chicken, hidangan popular di restoran Chinese-American di Amerika Syarikat.…

23 hours ago