Categories: Resipi

Cara Buat Kentang Wedges Guna Air Fryer, Lengkap Dengan Sos Yogurt Homemade!

Cara buat kentang wedges menggunakan air fryer sesuai dicuba bagi mereka yang ingin menyediakan snek homemade dengan penggunaan minyak yang lebih sedikit. Kaedah ini juga tidak memerlukan proses menggoreng dalam minyak yang banyak.

Perisanya pula sedikit pedas dengan aroma herba yang menaikkan selera. Gabungan rempah memberikan rasa yang lebih menarik, manakala tekstur luarnya yang rangup dan isi yang lembut menjadikan hidangan ini sesuai dinikmati pada bila-bila masa.

Untuk melengkapkan hidangan, sos pencicah yogurt homemade turut disediakan. Rasanya yang sedikit masam dan segar memberikan keseimbangan kepada rasa rempah. Sesuai dijadikan kudapan atau snek ketika menonton drama atau filem bersama keluarga.

Baca juga: Sambal Berlada Telur Rebus Bilis Kentang, Lauk Ringkas Tapi Nasi Tambah 3 Kali!

CARA BUAT KENTANG WENDGES AIR-FRYER

Bahan-bahan:

  • 4 biji kentang bersaiz sederhana
  • 2 sudu besar tepung ayam
  • ½ sudu kecil serbuk cayenne
  • ½ sudu kecil cili flakes
  • 1 sudu kecil mixed herbs
  • ½ sudu kecil serbuk bawang putih
  • 1 sudu besar minyak zaitun
  • 1 sudu kecil garam (untuk merebus)

Bahan Sos Pencicah Yogurt:

  • ½ cawan yogurt asli
  • 1 sudu besar jus limau
  • 1 ulas bawang putih, diparut
  • ¼ sudu kecil serbuk lada hitam
  • ½ sudu kecil serbuk cendawan

Cara penyediaan:

  1. Potong kentang kepada bentuk wedges dan cuci sehingga bersih.
  2. Rebus kentang bersama 1 sudu kecil garam selama kira-kira 5 minit sehingga separuh masak. Toskan air dan biarkan seketika.
  3. Masukkan tepung Bestari, serbuk cayenne, cili flakes, mixed herbs dan garlic powder. Gaul sehingga semua kentang bersalut rata.
  4. Tambahkan minyak zaitun dan gaul sekali lagi.
  5. Susun kentang dalam bakul air fryer. Masak pada suhu 190°C selama 10–15 minit atau sehingga bahagian luar menjadi garing. Terbalikkan kentang di pertengahan masa memasak supaya masak sekata.
  6. Untuk sos pencicah, ambil 2 ulas bawang putih dan bungkus menggunakan aluminium foil. Panggang dalam air fryer sehingga lembut dan masak.
  7. Keluarkan bawang putih daripada kulitnya, kemudian lenyek sehingga halus.
  8. Campurkan bawang putih panggang dengan ½ cawan yogurt asli, 1 sudu besar jus limau, ¼ sudu kecil serbuk lada hitam dan ½ sudu kecil serbuk cendawan. Kacau sehingga sebati.
  9. Hidangkan kentang wedges bersama sos pencicah yogurt homemade.

Sumber: Threads @nabilahmazalan

Baca juga: Tak Buat Diet Ketat, Lelaki Ini Turun Hampir 30kg Dengan Ganti Nasi Kepada Kentang!

Izzati

Recent Posts

Resipi Nasi Briyani Ayam Lengkap ‘Acar’ Istimewa, Sekali Buka Tudung Periuk…Harum Satu Dapur!

Resepi nasi briyani ayam mungkin nampak agak rumit untuk disediakan kerana mempunyai beberapa lapisan dan…

12 minutes ago

Jangan Terus Goreng Ikan! Cuba Rebus Dengan 5 Bahan Ini Dulu, Memang Beza Rasanya

Pernah cuba rebus ikan terlebih dahulu sebelum menggorengnya? Rupanya, ada cara tersendiri untuk menyediakan ikan…

39 minutes ago

Resipi Kuih Seri Muka Gula Merah, Ini RAHSIA Buat Lapisan Permukaan Cantik & Lemak

Kuih seri muka antara kuih tradisional yang cukup digemari ramai. Gabungan pulut yang lemak bersantan…

43 minutes ago

Resipi Chicken Tenders Homemade, Rangup Di Luar & Lembut Berjus Di Dalam!

Resepi chicken tenders ini sesuai dicuba apabila terasa lapar di lewat malam, tetapi malas untuk…

18 hours ago

Tak Guna Tepung Gandum & Telur, Resipi Biskut Milky Oat Ini Memang Lain Daripada Yang Lain!

Kalau suka biskut yang berasa lemak susu, rapuh dan mudah cair di mulut, bolehlah cuba…

18 hours ago

Ini Sukatan Bancuhan Ikan Celup Tepung Terengganu Yang Menjadi, Rangup Berhabuk Elok!

Terasa rindu nak makan ikan celup tepung Terengganu, tetapi kesibukan kerja membuatkan kita tak selalu…

21 hours ago