
Nak masak tapi ayam masih beku keras? Jangan panik, ada cara defrost ayam cepat yang dikongsikan oleh Husna Haron. Hanya guna bahan dapur biasa, boleh siap dalam masa 5 hingga 10 minit sahaja!
Teknik ini sangat membantu terutama untuk mak-mak sibuk atau peniaga kecil yang perlu masak dengan cepat tanpa tunggu ayam cair berjam-jam.
Baca juga: Resipi Sagu Gula Melaka Kenyal ‘On Point’, Ini 7 Cara Mudah Elak Jadi Keras & Berketul
CARA DEFROST AYAM CEPAT GUNA GARAM DAN CUKA

Kalau anda tengah cari cara defrost ayam cepat, ini langkah paling mudah:
Bahan-bahan:
- Air dalam besen
- 2 sudu garam halus
- 2 sudu cuka
Cara-cara penyediaan:
1. Masukkan ayam beku ke dalam besen berisi air.
2. Tambahkan 2 sudu garam halus.
3. Masukkan 2 sudu cuka.
4. Kacau hingga larut.
5. Biarkan selama 5–10 minit sahaja.
Untuk ayam potong kecil, biasanya 5 minit dah cukup untuk terus masak!

Kenapa Cara Ini Jadi Pilihan Ramai?
Ramai tak tahu sebenarnya ada sains di sebalik cara defrost ayam cepat ini:
- Garam percepatkan ais cair
Garam menurunkan takat beku air, jadi ais pada ayam lebih cepat mencair. - Cuka bantu lembutkan ayam
Kandungan asid asetik dalam cuka bantu pecahkan ais dan jadikan isi ayam lebih lembut. - Gabungan dua bahan lebih efektif
Kombinasi garam dan cuka bukan saja cepatkan proses defrost, malah bertindak seperti quick brine yang buat ayam lebih juicy bila dimasak.
Tips Penting Supaya Berkesan
Untuk pastikan cara defrost ayam cepat ini benar-benar menjadi, ikut tips ini:
- Elakkan guna ayam seekor
Kaedah ini kurang sesuai untuk ayam yang masih seekor. - Potong kecil sebelum simpan
Lagi kecil potongan ayam, lagi cepat ia cair. - Simpan secara leper (flat)
Ini membantu lebih banyak permukaan terkena air. - Jangan rendam terlalu lama
Cukup sekadar ayam tak beku dan boleh dipotong.
Kalau anda selalu kejar masa di dapur, cara defrost ayam ini memang wajib cuba. Tak perlu tunggu lama atau guna microwave, cukup dengan garam dan cuka, ayam sudah boleh dicairkan dan terus dimasak dalam beberapa minit sahaja.
Memang penyelesaian mudah yang jimat masa dan sangat praktikal untuk kegunaan harian!
Semoga bermanfaat!
Sumber: Husna Haron
Baca juga: Blender Cepat Rosak? Ini Cara Betul Jaga Supaya Motor Kekal ‘Power’ & Tahan Bertahun-Tahun!
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM













