Project Description

Sedap dimakan panas masa sarapan pagi.. teksturnya ringan dan gebu.. tidak memuakkan.. selamat mencuba! =)

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Barat

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

0jam 0min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Yummiez Pancake

Sedap dimakan panas masa sarapan pagi.. teksturnya ringan dan gebu.. tidak memuakkan.. selamat mencuba! =)

BAHAN-BAHAN

  • 1 cawan tepung gandum – diayak
  • 1 sudu kecil serbuk penaik
  • 1 sudu besar gula kastor
  • 2 biji telur – telur kuning dan telur putih diasingkan
  • 1 cawan susu segar
  • 25 g mentega, dicairkan
  • Madu
CARA PENYEDIAAN
  • Campur tepung, serbuk penaik dan gula di dalam sebiji mangkuk.
  • Pukul telur kuning, susu segar dan mentega di dalam mangkuk asing.
  • Masukkan adunan telur ke dalam bahan kering tadi.
  • Di dalam mangkuk asing, pukul telur putih dengan secubit garam sehingga adunan kembang dan bertanduk. Kemudian, masukkan ke dalam adunan tadi dan kacau sehingga sebati.
  • Panaskan kuali dengan sedikit mentega. Masukkan satu senduk adunan ke dalam kuali. Tidak perlu meratakan adunan ke seluruh kuali.
  • Alihkan penkek supaya masak kedua belah. Pastikan kuali tidak terlalu panas atau penkek akan rentung..
  • Hidangkan di dalam piring. Enak dimakan bersama madu atau sirap mapel atau krim putar.

Sertai Kami & Kongsikan Resepi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resepi kebahagian anda dengan kami.