Project Description

Bagaimana cara nak masak Sotong Tumis Masak Hitam?

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Sotong Tumis Masak Hitam

Bagaimana cara nak masak Sotong Tumis Masak Hitam?

BAHAN-BAHAN

  • 500 g sotong (Saiz besar) 
  • 3 biji cili merah 
  • 2 biji cili hijau 
  • 4 biji bawang merah 
  • 3 ulas bawang putih
  • (Cili merah, cili hijau, bawang merah dan bawang putih dikisar bersama)
  • ½ cawan kicap manis 
  • 1 labu bawang besar (Dipotong gelang) 
  • 3 sudu makan minyak masak 
  • Garam secukup rasa 
CARA PENYEDIAAN
    1. Bersihkan sotong. Buangkan kulit, basuh dan tuskan. 
    2. Panaskan minyak masak. Tumiskan bahan yang dikisar sehingga wangi. 
    3. Masukkan sotong, kicap, bawang besar, dan garam. 
    4. Kacau rata dan masakkan sehingga mendidih. 
    5. Masukkan ke dalam pinggan dan sedia dihidangkan.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.