Tak susah mana pun nak cuba buat Asam Pedas Ori Melaka yang pekat likat. Pergi Melaka memang wajib cari asam pedas ni.
Tapi kalau malas nak bersesak dengan orang ramai, boleh cuba buat sendiri saja di rumah dengan menggunakan resipi di bawah.
Kuah asam pedas ni kena pekat baru padu! Nak tahu caranya? Jom lihat resipi di bawah.
Resipi Asam Pedas Ori Melaka
Bahan-bahan:
- Kunyit hidup*
- Bawang merah*
- Bawang putih*
- Halia*
- Belacan melaka (yang keping-keping tu)*
- Cili kering*
- Daun limau (boleh guna daun kesum, bunga kantan atau serai ikut selera)
- Air asam jawa
- Bahan hiasan (bendi/tomato/terung)
Cara-cara:
- Kisar bahan bertanda (*) sampai halus mulus, baru kuah jadi cantik. Sukatan agak-agak saja, kalau masak banyak lebihkan bahan.
- Tumis semua bahan kisar sampai pecah minyak. Lebihkan minyak supaya cili cukup masak dan cantik berminyak (bila dah siap masak, minyak boleh buang). Letakkan serai jika suka.
- Bila dah pecah minyak dan cili dah masak, masukkan pula air asam jawa (jangan banyak sangat, agak-agak saja). Letak sedikit demi sedikit sehingga mendapat kepekatan yang diingini.
- Biarkan sampai mendidih. Kemudian boleh masukkan ikan. Masukkan juga daun kesum dan bunga kantan @ daun limau jika mahu.
- Perasakan dengan garam dan perasa secukupnya (tak letak gula). Biarkan lagi sehingga mendidih dan ikan masak.
- Akhir sekali masukkan bahan hiasan seperti sayur bendi, tomato atau terung. Biarkan sekejap dan siap!
Selamat mencuba!
Kredit: Fyra Mussa