Categories: Resipi

Puding Laici Berkuah Lembut & Manis Yang Ringan, Pencuci Mulut Sejuk Yang Ramai Nantikan

Sesiapa yang suka makan pencuci mulut di rumah, pasti tergoda dengan Puding Laici Berkuah yang sejuk dan menyegarkan. Resipinya mudah dan rasanya pun tak terlalu manis.

Teringin nak tahu betapa sedapnya Puding Laici Berkuah ini, boleh ikut resipi yang dikongsikan oleh Norita Ahmad di Facebook dengan langkah demi langkah. Jom kita cuba!

Baca juga: Resepi Puding Rose Susu Dua Lapis, Pencuci Mulut Comel Memikat Selera Dan Lembut Berkrim

RESIPI PUDING LAICI BERKUAH

Bahan-bahan:

  • 2 tin laici
  • 2 liter air
  • 10g serbuk agar-agar
  • 2 cawan gula
  • 2 susu tin cair

Cara-cara buat:

  1. Mula-mula, masak air dengan gula sampai mendidih dalam periuk.
  2. Masukkan serbuk agar-agar bersama sedikit air laici (lebih kurang ¼ cawan, nak lebih letak ½ cawan).
  3. Tinggalkan lebihan air laici untuk diletakkan atas puding nanti.
  4. Kemudian, masukkan susu cair dan kacau-kacau.
  5. Jika pakai acuan, basahkan acuan terlebih dahulu.
  6. Selepas itu, tuang dalam acuan.
  7. Setelah sederhana sejuk dan agak-agak keras, baru tuang lebihan air laici atas puding tadi.
  8. Seterusnya, taburkan laici.
  9. Akhir sekali, sejukkan dalam peti sejuk selama beberapa jam. Siap!

Dengan gabungan puding lembut dan kuah laici yang harum, memang buat sesiapa pun rasa tak berhenti makan. Jadi, tak hairanlah ia menjadi menu wajib untuk sebarang jamuan.

Selamat mencuba!

Sumber: Norita Ahmad

Baca juga: Cara Buat Puding Pisang Lembut Manis Berkrim, Resipi Simple Hanya Guna 3 Bahan!

Aimi

Recent Posts

Seaweed Pasta Viral, Spaghetti Sos Rumpai Laut Dengan Udang Yang Ramai Nak Cuba!

Seaweed pasta merupakan hidangan pasta yang menggabungkan rasa rumpai laut, bijan panggang dan keju Parmesan…

2 days ago

Resipi Spageti Aglio Olio Udang, Tambah Sayur Berwarna-Warni Baru Lebih Menyelerakan!

Kalau dah bosan makan spageti dengan sos yang sama, apa kata cuba resipi spageti aglio…

2 days ago

Resipi Kek Coklat Moist Bakar, Tak Perlu Kukus Pun Tetap Lembap & Gebu!

Kalau suka kek coklat yang lembap, gebu dan kaya dengan rasa coklat, resipi kek coklat…

2 days ago

Pernah Bayangkan Wajah Anda Muncul Di Skrin Gergasi Kuala Lumpur? Big Tree Jadikannya Realiti!

Bayangkan wajah sendiri tiba-tiba muncul pada skrin digital gergasi di tengah Kuala Lumpur! Pengalaman unik…

2 days ago

Agar Agar Cendol Santan Berlapis, Lemak Berkrim Dengan Manis Gula Melaka!

Kalau suka pencuci mulut tradisional, resipi agar agar cendol santan ini memang wajib dicuba! Gabungan…

2 days ago

Resipi Daging Masak Hitam Berempah, Perap Dengan Rempah Sangai Barulah Lagi Wangi!

Daging masak hitam berempah antara hidangan yang sesuai dijadikan lauk untuk makan tengah hari atau…

2 days ago