cara buat puding pisang

Waktu petang mesti teringin makan pencuci mulut yang manis. Oleh itu, kami nak cadangkan anda cuba cara buat Puding Pisang yang sangat mudah menggunakan 3 bahan saja.

Jika anda sedang mencari idea pencuci mulut yang sedap dan tak memerlukan banyak bahan, resipi Puding Pisang ini memang berbaloi untuk dicuba di rumah.

Seorang pengguna di Threads iaitu ayra.bylight telah tunjukkan cara buat Puding Pisang dengan menggunakan air fryer dan hasilnya lembut serta harum. Jom kita cuba!

Baca juga: Resepi Puding Jagung Kastard, Lembut Berkrim & Warna Kuning Jagung Yang Menawan

CARA BUAT PUDING PISANG

cara buat puding pisang

Bahan-bahan:

  • 2 biji telur
  • 150ml susu segar
  • Pisang

Cara-cara buat:

  1. Mula-mula, masukkan telur dan susu segar dalam mangkuk.
  2. Selepas itu, kacau adunan sampai sebati.
  3. Kemudian, potong pisang mengikut saiz yang disukai.
  4. Masukkan pisang yang telah dipotong ke dalam bekas aluminium foil.
  5. Seterusnya, tuang adunan tadi ke dalam bekas berisi pisang.
  6. Akhir sekali, bakar dalam air fryer dengan menggunakan suhu 160ºC selama 15 minit.

cara buat puding pisang

Gabungan rasa manis buah pisang dengan tekstur lembut daripada campuran telur dan susu menjadikannya hidangan penutup yang ringkas tapi tetap menyelerakan.

Puding Pisang sedap dimakan panas-panas, tapi jika disejukkan dalam peti sejuk seketika, lebih padu rasanya. Sekali suap, pasti tak berhenti nanti.

Selamat mencuba!

Sumber: ayra.bylight

Baca juga: Cara Buat Puding Trifle Mudah & Sedap, Setiap Lapisan Terasa Lembut Berkrim

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN