resepi puding rose

Nak buat pencuci mulut yang cepat siap, wajib cuba resepi puding rose susu. Warna merah jambu yang lembut menambah seri, manakala rasa manis berkrimnya memang puas dimakan.

Menurut perkongsian Syana Anuya Manmad di Facebook, beliau sendiri teruja membuat resepi puding rose susu selepas mendapat acuan-acuan comel yang baru dibeli. Jom kita cuba!

Baca juga: Puding Susu Gula Melaka, Sejuk, Lembut & Manis Berlemak Yang Luar Biasa

RESEPI PUDING ROSE SUSU

resepi puding rose

Bahan-bahan:

  • 800ml air
  • 1 paket agar-agar serbuk (10g)
  • 200ml susu cair
  • Sirap rose secukupnya (boleh tambah pewarna pink)
  • Gula secukup rasa

Cara-cara buat:

  1. Dalam periuk, satukan air, agar-agar serbuk dan susu cair. Kacau sampai agar-agar larut sepenuhnya.
  2. Masak atas api perlahan, masukkan gula dan kacau sampai sebati. Rasa kemanisan mengikut cita rasa.
  3. Ambil sedikit adunan dan tuang ke dalam acuan kecil (sekitar ¼ penuh). Sejukkan seketika dalam peti sejuk.
  4. Panaskan semula baki adunan, masukkan sirap rose dan pewarna. Apabila lapisan putih mula mengeras sedikit, tuang perlahan-lahan lapisan pink sampai penuh.
  5. Sejukkan dalam peti sejuk sampai keras. Keluarkan perlahan-lahan daripada acuan sebelum dihidang.

Tips tambahan:

  • Basahkan acuan sebelum tuang adunan agar puding mudah dikeluarkan.
  • Gunakan lidi kecil atau jari untuk sisip tepi puding perlahan-lahan supaya tidak pecah.

Selamat mencuba!

Kredit gambar muka depan: Syana Anuya Manmad

Sumber: Syana Anuya Manmad

Baca juga: Agar Agar Santan Sirap Ros, Cantik Berlapis & Manis Berlemak Cukup Rasa!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN