Categories: ResipiTips & Petua

Rahsia Masak Kurma Yang Sedap Beraroma, Petua Sesuai Untuk Ayam & Daging

Resepi kurma ayam sering menjadi pilihan utama untuk hidangan keluarga kerana cara memasaknya sangat mudah. Kuahnya yang pekat dan penuh dengan rempah pasti membangkitkan selera.

Namun, ramai yang anggap kurma ayam ini susah untuk dimasak kerana risau rempahnya terlalu kuat atau ayamnya tak cukup lembut. Sebenarnya, ada petua-petua tertentu untuk dapatkan rasa kurma yang lebih sedap yang tidak ramai orang tahu.

Dalam artikel ini, kami akan kongsikan rahsia dan petua yang pasti membantu anda menghasilkan resepi kurma ayam yang lebih sedap dan beraroma, sesuai untuk dimasak dengan ayam atau daging. Jom kita lihat caranya di bawah.

Baca juga: Petua Kacang Tanah Yang Rangup & Wangi, Rupanya Kena Goreng Ikut Cara Ini!

PETUA & RESEPI KURMA AYAM DAN DAGING YANG SEDAP

Petua khas & resepi kurma ayam atau daging:

1. Tumis bahan-bahan seperti minyak sapi, bawang besar, hirisan halia, kulit kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga hingga naik bau dan kekuningan.

2. Masukkan serbuk rempah kurma yang telah dibancuh bersama sedikit air. Kemudian masukkan daging atau ayam, kerisik, tomato, bawang putih dan bawang merah yang telah dikisar, buah keras serta jintan manis dan jintan putih yang telah ditumbuk.

3. Tutup periuk dan masak dengan api kecil sehingga pecah minyak. Tujuan menutup periuk adalah untuk mengekalkan aroma serta mempercepatkan proses melembutkan ayam atau daging.

Awas: Jangan biarkan rempah hangit! Air perlu ditambah secukupnya biar tak kering.

4. Apabila daging atau ayam hampir empuk, masukkan ubi kentang. Tunggu sehingga kentang lembut, kemudian masukkan santan. Biarkan mendidih.

5. Akhir sekali, masukkan cili merah yang dipotong tengah, bawang besar yang dipotong empat dan garam secukup rasa.

Petua istimewa:

Setelah siap dimasak, titiskan sedikit minyak sapi mentah ke dalam kuah kurma. Ini akan menambahkan lagi kelazatan dan aroma masakan.

Sumber: Syed Mohd Nazli Jamalullail

Baca juga: Resipi Sup Kaki Ayam Tanpa Tumis, Ada ‘Petua’ Kalau Nak Lagi Sedap!

Wan N

Recent Posts

Resipi Kuih Lapis Labu Mudah, Tak Guna Tepung Gandum Tapi Tetap Lembut Kenyal!

Kuih lapis labu kuning antara kuih tradisional yang menarik untuk dicuba, lebih-lebih lagi buat penggemar…

1 hour ago

Kek Mentega Simple Guna Sukatan Cawan, Lembut Gebu & Harum Semerbak Satu Rumah!

Bau kek mentega yang sedang dibakar memang cukup menggoda! Harum semerbak mentega memenuhi ruang rumah,…

2 hours ago

Resipi Kepah Masak Cili Ala Thai, Tambah Cili Padi Kalau Nak Lebih Pedas Yang Memikat Selera!

Resepi kepah masak cili ala Thai ini sesuai untuk penggemar makanan laut yang sukakan hidangan…

2 hours ago

Resipi Sambal Tomato Tumbuk, Bahan Kena Goreng Dulu Baru Lagi Sedap & Wangi!

Sambal tomato tumbuk boleh dijadikan pilihan kalau dah bosan makan sambal belacan yang biasa. Gabungan…

2 hours ago

Kari Dal Ala Mamak, Ini Rahsia Pilih Kacang Dal & Teknik Masak Supaya Kuah Jadi Pekat!

Kari dal ala mamak memang enak dimakan bersama roti canai, capati atau nasi panas. Namun,…

3 hours ago

Ikan Kukus Limau, Kuah Masam Pedas Dengan Aroma Serai & Halia Yang Buat Terliur!

Ikan kukus limau antara hidangan yang cukup menyelerakan, terutama apabila dinikmati bersama nasi putih panas.…

4 hours ago